▼
Sunday, September 5, 2010
Gunung Tebu
Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Besut, Terengganu. Lokasi Gunung Tebu ialah di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih dan 118 km dari Bandar Kuala Terengganu.
Dengan ketinggian 1,039 meter, Gunung Tebu sering menjadi tumpuan bagi mereka yang gemarkan aktiviti mendaki. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke puncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini. Jika tidak berkabus tebal, anda akan dapat melihat keindahan Pulau Perhentian dari puncak Gunung Tebu.
Hutan Lipur Lata Belatan adalah tempat permulaan untuk mendaki Gunung Tebu. Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap pendaki dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 sebagai permit mendaki.
Di sini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, bersiar-siar dan merentas denai hutan. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah gerai-gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.
Bagaimana untuk ke sini
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lata Belatan, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari Pekan Jertih, anda perlu menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.
Sila hubungi kami untuk tempahan hotel ke gunung tebu dan lata belatan hanya 10minit berjalan kaki 0179591868.
ReplyDelete