-->
Booking.com

Monday, August 16, 2010

Pantai Telaga Simpul


Lokasi Pantai Telaga Simpul ialah di Teluk Kalong dalam Daerah Kemaman, Terengganu. Pantai Telaga Simpul terletak 15 km dari Bandar Chukai, iaitu kira-kira 15 minit perjalanan. Ia merupakan satu lagi destinasi pelancongan menarik di Kemaman.


Pantai Telaga Simpul sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hari minggu dan hari kelepasan. Pantai yang cantik, pemandangan indah dan suasana redup di Pantai Telaga Simpul memberi ketenangan kepada pengunjung yang berkunjung ke sini.


Aktiviti yang menjadi pilihan pengunjung di Pantai Telaga Simpul ialah berkelah, berehat dan beriadah. Antara kemudahan yang terdapat di Pantai Telaga Simpul ini ialah wakaf, taman permainan, gerai makan, kiosk perniagaan, tandas awam, tong sampah dan surau. Sekiranya anda di Daerah Kemaman, berkunjunglah ke Pantai Telaga Simpul.



Friday, August 13, 2010

Pasar Besar Kedai Payang


Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Kedai Payang merupakan destinasi pelancongan yang amat menarik untuk dikunjungi bagi mereka yang gemar membeli belah barangan batik dan sutera. Pasar Besar Kedai Payang yang juga dikenali Pasar Payang merupakan tempat perniagaan yang amat popular dikalangan pelancong luar dan juga pelancong tempatan.


Pasar Besar Kedai Payang terletak berhampiran Bazar Warisan, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Taman Shahbandar. Pasar Besar Kedai Payang merupakan bangunan dua tingkat yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih tradisional negeri Terengganu. Di bahagian atas pula terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan terutama batik, songket, kain sutera dan pakaian. Pengunjung yang berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang ini juga boleh membeli pelbagai barangan hiasan, cenderamata, barangan logam dan peralatan dapur. Terdapat juga kedai makan dan deretan kedai emas di sini.

Nama Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang berkemungkinan berasal dari nama ‘Perahu Payang’ ataupun ‘Kedai Tempayan’. Di samping membeli belah, pengunjung yang berkunjung ke sini juga boleh menyewa perkhidmatan beca untuk ke destinasi berhampiran.

Popular Posts