-->
Very Limited ! Done For You - Dropshipping ECommerce Website + FB Store..Affordable Pricing...Sms/WhatsApp 019-9932023..

Thursday, September 30, 2010

Tasik Kenyir


Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.


Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.


Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai.


Keunikan dan keindahan alam di Tasik Kenyir sentiasa menarik kehadiran pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Banyak lokasi menarik dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Dengan menaiki bot laju, seseorang itu memerlukan empat hingga lima hari untuk melawat sebahagian besar tempat-tempat menarik.


Dua pintu masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi dan Jenagor. Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong. Pelbagai urusan penempahan bot dan tempat penginapan boleh dibuat di Pengkalan Gawi.


Antara aktiviti dan tarikan utama di Tasik Kenyir:

Mengelilingi Tasik Kenyir

Bagi yang ingin mengelilingi Tasik Kenyir boleh berbuat demikian dengan menyewa bot dari Ketengah. Kadar sewa antara RM450 dan RM600.


Rumah Bot (Houseboat)


Houseboat atau Rumah Bot adalah sebuah bot bersaiz besar yang dilengkapi pelbagai kemudahan yang lengkap termasuk katil, dapur, bilik air, peti sejuk, ruang menonton televisyen, ruang tamu dan ruang makan yang pastinya membuatkan anda merasa selesa seperti berada di rumah sendiri.


Antara pengusaha Rumah Bot di Tasik Kenyir:

Kenyir Houseboat Rentals
En. Ujang
Tel: 012-9747995.
Laman Web: http://thederhakastudent.multiply.com
Emel: Malimpelita@hotmail.com

Perkhidmatan Bot Seri Gawi
En. Bakar Mamat
Tel: 019-9273371, 019-9488026, 013-9554009
Laman Web: http://www.serigawi.blogspot.com

Sri Gagau Houseboat
En Jalie, Cik Jalilah
Tel: 013-9830220, 013-3422500
Laman Web: http://www.srigagau.blogspot.com
Emel: srigagau@yahoo.com

Santuari Kelah Sungai Petang


Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak Perjalanan ke Pusat Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja.


Air Terjun

Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk lima yang popular di Tasik Kenyir iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.


Air Terjun Lasir terletak 16km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30-45 minit. Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun terkenal di Tasik Kenyir dengan ketinggian 500 kaki.


Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.


Air Terjun Tembat terletak di Sungai Tembat. Perjalanan ke lokasi Air Terjun Tembat dari Pengkalan Gawi mengambil masa 45 hingga 60 minit.


Gua Bewah & Gua Taat

Gua Bewah dan Gua Taat pula merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah. Para pengkaji sejarah telah menemui pelabagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra-sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak.


Gua Bewah merupakan gua batu kapur yang terkenal di Tasik Kenyir. Ia terletak 578 meter dari aras laut dan mempunyai bentuk dan formasi stalaktit dan stalagmit yang unik seperti bentuk burung dan manusia. Rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah telah meletakkan Tasik Kenyir antara lokasi bersejarah bukan sahaja kepada negara, malah di mata dunia.


Lokasi Gua Taat berdekatan dengan Gua Bewah. Perjalanan dari Pengkalan Gawi ke Gua Taat mengambil masa 45 minit. Seperti Gua Bewah, Gua Taat juga mempunyai bentuk dan formasi stalagmit yang unik.


Gunung Gagau

Kepada mereka yang gemar mendaki, Gunung Gagau amat istimewa kerana di atas puncak gunung anda akan dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.


Taman Herba Pulau Sah Kecil


Taman Herba di Pulau Sah Kecil ialah destinasi pelancongan popular di Tasik Kenyir. Jarak perjalanan dari Pengkalan Gawi ialah 7 km, iaitu kira-kira 15 minit dengan menaiki bot laju.


Taman Herba ini merupakan produk pelancongan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sejak tahun 1995 dengan meliputi kawasan seluas 15.84 hektar. Purata pelancong yang datang ke Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah seramai 20,000 orang dengan purata 2,000 orang pelancong sebulan.


Taman Herba ini mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba yang terdiri dari 230 jenis pokok. Objektif Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah sebagai destinasi pelancongan, pusat pendidikan dan pusat penyelidikan.

Merentas hutan

Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang.


Memancing

Tasik Kenyir menjadi lubuk pelbagai spesies ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang ada di sini ialah Ikan Toman, Baung, Sebarau, Kaloi, Kelah, Tapah, Lampam dan Kelisa. Umpan tertentu diperlukan untuk memancing di Tasik Kenyir seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama bahan-bahan tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya. Antara lokasi memancing popular di Tasik Kenyir ialah di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan Sungai Leban Terenggan.


Ternakan ikan dalam sangkar

Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk melihat ternakan ikan dalam sangkar, malah belajar dan menimba ilmu bagaimana ikan-ikan itu dibiak. Akuakultur Sungai Como ialah Kawasan Zon Eksklusif yang dikhaskan untuk ternakan ikan air tawar di Tasik Kenyir. Tasik terbesar buatan manusia ini mempunyai kawasan permukaan air seluas 36,900 hektar dengan jumlah 2,800 hektar diperuntukkan untuk aktiviti ternakan ikan dalam sangkar.


Taman Burung

Pelbagai spesies burung boleh didapati di sini dan berkonsepkan langit terbuka tanpa ada jaring atau bumbung. Namun, burung-burung ini tidak akan terbang jauh sebaliknya pengunjung berpeluang memberi makan burung-burung ini.

Bagi yang mencintai keindahan alam, aktiviti hutan dan acara lebih mencabar, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pegawai terlatih yang disediakan di Tasik Kenyir untuk melakukan bird watching iaitu mencari dan meneropong burung melalui bunyi untuk mengenali ciri-cirinya.

Pulau Tropika

Pelbagai spesies pokok buah-buahan yang hampir pupus sedang giat ditanam di pulau ini. termasuk Pokok Ceri Terengganu dan beberapa pokok lain yang sukar diperolehi di tempat lain.


Perkhemahan

Antara tapak perkhemahan popular di Tasik Kenyir:

Tapak perkhemahan Gunung Lawit
Tapak Perkhemahan Pulau Poh
Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi
Tapak Perkhemahan Lasir
Tapak Perkhemahan Saok
Tapak Perkhemahan Pulau Petang
Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah
Tapak perkhemahan Sg. Cicir/ Perpek

Sukan Air

Kegiatan sukan air sepert jet ski, kayak, kenu, bersampan dan berakit kini semakin popular di Tasik Kenyir


Lain-lain

Aktitivi kembara dengan memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf juga terdapat di Tasik Kenyir. Anda boleh menghubungi Pusat Penerangan Pelancong di Pengkalan Gawi untuk sebarang pertanyaan.

Penginapan

Tasik Kenyir turut menyediakan penginapan kepada pengunjung dengan harga berpatutan mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Dari jenis banglo, chalet, bilik dan dom, setiap penginapan menjanjikan kepuasan kepada pengunjung dan berbaloi dengan harga dibayar.


Senarai tempat penginapan di Daerah Hulu Terengganu:

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt. 23,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Emel: anggerik.impian@yahoo.com

Chalet Majlis Daerah
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6811466, 09-6811149, 09-6816043
Faks: 09-6232692

Homestay Kampung Buloh
Kampung Buloh,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9104186, 013-9040719, 013-9025402
Emel: isnaidee@gmail.com

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pejabat Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort & Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu.
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my

Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684

Jabatan Perhilitan
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542

Uncle John Resort
Berdekatan Air Terjun Lasir,
Terengganu.
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my

Warisan Pahlawan Resort
No. 22, Kg Pauh, Jalan Jenagor,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6817751, 019-6430355, 013-6075068


Bagaimana untuk ke Tasik Kenyir

Dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuh Raya Karak ke arah Kuantan. Kemudian anda perlu pilih samada untuk melalui Lebuh Raya Jerangau-Jabor di Wilayah Ketengah untuk sampai ke Ajil atau melalui jalan persisiran pantai Kemaman-Kerteh-Paka-Dungun-
Marang-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir. Sekiranya anda bercadang untuk ke sini dengan menaiki bas ekspres, terdapat pelbagai syarikat bas ekspres yang menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Anda perlu menaiki bas ekspres dari Hentian Putra. Dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Tasik Kenyir.


Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Lumpur-Kuala Terengganu atau anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Terengganu melalui Lebuh Raya Timur-Barat. Dari Kuala Terengganu anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Tasik Kenyir. Anda juga boleh memandu sendiri ke Tasik Kenyir dari Pulau Pinang.


Dari Johor, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Johor Bharu ke Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu anda boleh menggunakan perkhidmatan bas atau teksi untuk ke Tasik Kenyir. Sekiranya anda memandu sendiri, anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai dari Mersing-Pekan-Kuantan-Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu-
Kuala Berang-Tasik Kenyir atau anda juga boleh menggunakan Lebuh Raya Muadzam Shah untuk ke Kemaman. Dari Kemaman anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir.


Syarikat Penerbangan Malaysia dan Air Asia juga ada menyediakan penerbangan ke Kuala Terengganu. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Tasik Kenyir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Penerangan Pelancong
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
Tel: 09-6267788, 09-6668498
Faks: 09-6667657, 09-6668979


Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir,
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH),
Bandar Al-Muktafi Billah Shah,
23400 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8223100 samb. 103
Faks: 09-8223104 samb. 106
Laman Web: http://www.ketengah.gov.my/kenyir
Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Pulau Redang


Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Masa terbaik untuk ke Pulau Redang ialah dari bulan April hingga Oktober.


Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas (tanda paras air di pantai) air surut terendah dengan tujuan melindungi dan memelihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.


Taman Laut Pulau Redang terdiri dari sembilan buah pulau iaitu Pulau Redang, Pulau Pinang, Pulau Ling, Pulau Lima, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil. Dari sembilan buah pulau ini, Pulau Redang ialah pulau yang terbesar.


Taman Laut Pulau Redang bukan sahaja dianugerahkan keindahan alam semulajadi, malah pelbagai kemudahan turut disediakan untuk pengunjung seperti bilik mandi, tandas dan tempat berkelah.


Taman Laut Pulau Redang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti snorkel, selam skuba, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, merentas denai hutan, memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan mengambil gambar di darat dan dasar laut.


Aktiviti snorkel dan selam skuba ialah cara terbaik untuk memerhati dan menikmati terumbu batu karang di Pulau Redang.


Kawasan perairan di Taman laut Pulau Redang ini nerupakan salah satu tempat menyelam yang paling menarik dan menakjubkan. Jarak penglihatan adalah sangat baik hampir sepanjang tahun. Peralatan untuk aktiviti ini boleh disewa dari kedai berhampiran.


Taman Laut Pulau Redang yang di bawah jagaan Jabatan Taman Laut Malaysia ialah kawasan yang dilindungi. Ini bertujuan untuk melindungi dan memelihara kehidupan laut untuk generasi akan datang. Pelancong yang berkunjung ke sini tidak dibenarkan membawa keluar semua jenis hidupan laut dari Taman Laut Pulau Redang ini.


Di Pulau Redang terdapat beberapa lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan. Anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan di Teluk Dalam, Pasir Teluk Kalong, Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mat Kepit dan Pasir Chagar Hutang.


Pulau Redang juga mempunyai dua buah pantai yang cantik iaitu Pantai Pasir Panjang dan Pantai Teluk Dalam Kecil. Di Pantai Teluk Dalam Kecil ini ialah lokasi Berjaya Redang Beach Resort, sebuah hotel bertaraf lima bintang.


Pelancong yang gemarkan aktiviti pengembaraan boleh menyewa bot dengan kadar harga yang berpatutan untuk lawatan ke pulau-pulau berhampiran. Anda boleh melihat pembentukan batuan dan hutan hujan yang meliputi sebahagian besar pulau. Anda juga boleh mengembara dengan berjalan kaki sambil memerhati burung, melihat penyu dan tumbuh-tumbuhan.


Di kawasan Taman Laut Pulau Redang iaitu di Pulau Pinang, pengunjung boleh mendapatkan segala bantuan dan maklumat yang anda perlu untuk menjadikan percutian anda suatu pengalaman menyeronokkan.


Maklumat yang disediakan ialah dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan video dan ceramah. Anda akan mendapat informasi berguna terutama mengenai denai-denai dan kawasan-kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di pulau ini.


Penginapan

Untuk tempat penginapan, anda boleh menginap di Pulau Redang atau di tanah besar di sekitar Kuala Terengganu atau Merang. Sila rujuk di sini. Antara hotel yang terdapat di Pulau Redang ialah Laguna Redang Resort dan Berjaya Redang Resort.

Laguna Redang Resort



Berjaya Redang Resort



Bagaimana Untuk Ke Pulau Redang


Untuk ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang mengambil masa 45 minit perjalanan atau dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu yang mengambil masa 1 jam. Anda juga boleh menaiki penerbangan terus ke Pulau Redang melalui Syarikat Penerbangan Berjaya Air.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893

Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu
No. 16, Blok B, Bestari Centre Jalan Hiliran,
Pulau Kambing, 20300 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Tel : 09-6312062
Faks: 09-6227266

Pusat Taman Laut Pulau Redang
Pulau Redang,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Laman Web: Jabatan Taman Laut Malaysia
Emel: utlterengganu@nre.gov.my

Popular Posts