-->
Booking.com

Friday, September 24, 2010

Petang Island Resort, Pulau Petang


Petang Island Resort terletak di Pulau Petang, kira-kira 22 km dari Jeti Pengkalan Gawi. Pulau Petang merupakan pulau peranginan yang ideal bagi mereka yang ingin lari dari kehidupan kota sambil merehatkan tubuh badan. Perjalanan dari Pengkalan Gawi ke Pulau Petang mengambil masa kira-kira 45 minit.


Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti memancing, merentas hutan, permainan dalam dewan, berkhemah, menyusuri sungai, mendaki gunung, memerhati kehidupan liar, berkayak, mandi-manda di kawasan air terjun dan aktiviti 'flying fox'.


Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyediakan peruntukkan RM500,000 untuk menambah baik dan pembangunan semula Pulau Petang dengan kelengkapan aktiviti sukan lasak. Selepas projek menambah baik dan pembangunan semula ini siap sepenuhnya, destinasi pelancongan ini akan dikenali dengan dengan nama Petang Eco Xventure Park (Pexpa).




Selain menjadi laluan utama untuk ke Pusat Santuari Kelah dan ke Gua Bewah, lokasinya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah kawasan zon pulau menjadi faktor utama Pexpa dimajukan di Pulau Petang. Projek Pexpa ini meliputi resort, tapak perkhemahan dan pelbagai tapak aktiviti lasak seperti flying fox, paintball, night walk, memandu kenderaan armor ringan (ATV) serta jet ski dan kayak.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Petang Island Resort
Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang,
Terengganu.
Tel: 09-8222176, 09-6221276
Faks: 09-8222076, 09-6313176
Emel: petangisland@yahoo.com

Kenyirlake.com
77A, Jalan Sultan Sulaiman,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: sales@kenyirlake.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts