-->
Very Limited ! Done For You - Dropshipping ECommerce Website + FB Store..Affordable Pricing...Sms/WhatsApp 019-9932023..

Friday, September 24, 2010

Makam Bersejarah Di Hulu Terengganu


Makam Rok Raja Ri

Makam ini terletak di Kuala Por kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Berang. Beliau berkemungkinan orang yang mengisytiharkan perundangan di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seorang pendakwah dan pembesar Istana yang datang bersama pergisyhtiharan Batu Bersurat.


Makam Tok Pauh

Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah Bin Abdul Kahar. Beliau berasal dari Negeri Arab dan merupakan bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal. Makam beliau terletak di Kampung Pauh, 6 km dari Bandar Kuala Berang.


Makam Tok Gajah

Nama Tok Gajah yang sebenarnya Iman Rasu Bin Shahrum dan gelarannya ialah Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang pada tahun 1893-1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901, beliau meninggal dunia di Kampung Pasir Nering. Makam beliau terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.


Makam Syarif Muhammad Al-Baghdad

Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, di tebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir, berhadapan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau manis (Syeikh Abdul Malek bin Abdullah).

Makam Tok Belian Mahmud

Tok Belian Mahmud dipercayai seorang pembesar dan pemerintah di Tersat. Beliau juga seorang pahlawan yang datang bersama Sultan Zainal Abidin 1 pada tahun 1726 M. Makam beliau terletak di Kampung Kemat, kira-kira 13 km dari Bandar Kuala Berang.

Makam Tok Tun Indera

Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah daerah serta seorang pahlawan yang datang semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 pada tahun 1726 M. Makam beliau terletak di Kampung Kuala Menjing di Tersat, kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts