Saturday, September 25, 2010
Santuari Kelah Sungai Petang
Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja.
Pelbagai kemudahan termasuk pusat penyelidikan, pusat pembenihan, galeri dan akuarium ada di Kompleks Santuari Kelah Sungai Petang. Selain menjadi daya tarikan pelancong, Santuari Kelah Sungai Petang juga sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan kaji selidik, pembangunan dan penyelidikan (R&D), malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan orang ramai dengan mempelajari mengenai spesies Kelah.
Ikan Kelah adalah spesies ikan yang cepat menghilangkan diri apabila terdengar bunyi atau terlihat kelibat manusia atau haiwan di daratan. Sekiranya berpeluang ke Santuari Kelah Sungai Petang ini, pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu Kelah di sungai yang jernih airnya dan boleh dilihat. Malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan-ikan Kelah ini seolah-olah menanti kehadiran pengunjung menghulurkan makanan iaitu 'Pelet' ikan.
Selain memberi Ikan Kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang dan mencium Ikan Kelah. Ikan Kelah memberi tindak balas apabila dipegang. Walaupun hidup secara liar, namun Ikan Kelah ini tetap jinak dengan pengunjung.
Ikan Kelah mempunyai harga pasaran yang tinggi hingga RM80 sekilogram dan apabila sudah dimasak Gulai Lemak Tempoyak, harga hidangan boleh mencecah hingga RM300. Disebabkan harga pasaran yang tinggi, kaki pancing sanggup meredah jeram atau sungai di merata tempat termasuk ke beberapa lubuk utamanya di sekitar Tasik Kenyir.
Santuari Kelah Sungai Petang pasti tidak mengecewakan para pelancong yang mengunjunginya termasuk untuk mandi-manda sambil memberi makan ikan kelah. Berkunjunglah ke Santuari Kelah Sungai Petang ketika melancong di Tasik Kenyir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
Tel: 09-6267788
Labels:
Hulu Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Memandu bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang melancong ke Negeri Terengganu adalah merupakan satu pengalaman menarik. Kehijauan hutan...
-
Alamanda Hotel 28–28A, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6228888 Faks: 09-6238899 Baitul Muslim Homestay No.5, Tama...
-
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar...
-
Abdul Chalet Lot 143, Kg. Seb. Tengah, Pulau Perhentian Besar, 22300 Kuala Besut, Terengganu. Tel: 09-6911610, 019-9127303 Arwana Perhentian...
-
Awang Beach Resort Kg. Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu. Tel: 09-8443500 Faks: 09-8454500 D’ Pengkalan 3 Alam Lot 634, Zon Pelancongan...
-
Ahas Chalet Km 13, Rusila, 21080 Marang, Terengganu. Tel: 09-6182229 Faks: 09-6182229 Angullia Beach House Km 20, Kampung Rhu Muda, 21600 Ma...
-
Awana Kijal Apartment No. 4A, Persiaran Bunga Melor, Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu. Tel: 09-864961...
-
Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut men...
-
Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Mas...
Salam tuan admin..
ReplyDeleteJutaan tahniah atas usaha murni Kerajaan Negeri Terengganu kite! Usaha hari ni kelak akan dikenang generasi hadapan!!
Mohon info tambahan, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu ada terlibat sama tak dalam usaha mewujudkan Santuari Kelah di Sg Petang ni?
Jika ada, mohon dikreditkan sama agar generasi akan datang akan menghargai peranan dan fungsi Jabatan Perikanan Malaysia.
Sekian terima kasih.