-->

Search Hotels

Check-in Date

Check-out Date

Tuesday, September 7, 2010

Hutan Simpan Pasir Raja


Pokok Cengal Terbesar

Pada tahun 1999, Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad telah menemui pokok Cengal terbesar yang dipercayai berusia kira-kira 1300 tahun di Komartment 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun.


Pokok Cengal ini ialah dari spesies Neobalanocarpus Heimii. Pokok yang mempunyai ketinggian 65 meter, ukur lilitnya 16.75 meter dan bergaris pusat 5.32 meter ini memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok Cengal ini dianggarkan 220 m3 dengan keberatan 120 tan metrik. Nilai pasaran pokok ini dianggarkan kira-kira RM 1 Juta.


Pokok Cengal dari spesies sama yang paling tua pernah dikesan ialah berusia 2,000 tahun di Mexico. Pokok ini mempunyai garis pusat 10 meter dan berukur lilit 54 meter dan dikenali sebagai "El Arbol de ule". Pokok Cengal di Hutan Gunung Mandi Angin ini kini menjadi salah satu daya tarikan pelancong yang berkunjung ke Hutan Simpan Pasir Raja.


Untuk melihat pokok Cengal terbesar ini, anda perlu masuk ke kawasan Hutan Simpan Pasir Raja dari Kg. Jongok Batu. Anda akan melalui perjalanan sejauh 10 km melalui jalan berturap dan jalan Balak. Anda juga terpaksa menyeberang lurah dan sungai. Dari penghujung jalan Balak tersebut, anda kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh 700m untuk sampai ke lokasi pokok Cengal.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts