-->
Booking.com

Sunday, September 12, 2010

Pulau Gemia


Pulau Gemia merupakan pulau persendirian dan terletak hanya 800 meter dari Pulau Kapas. Seperti Pulau Kapas, perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang mengambil masa 15-30 minit. Biasanya pelancong yang pergi ke Pulau Kapas akan terus berkunjung ke sini.


Aktiviti yang boleh dilakukan pelancong di Pulau Gemia ini hampir sama dengan aktiviti di Pulau Kapas seperti selam skuba, snorkel, berenang, menyelam, mandi-manda dan memancing.


Oleh kerana pulau ini baru dan bersaiz kecil, ia kurang dikenali pelancong berbanding Pulau Kapas. Suasana di Pulau Gemia agak tenang, sesuai bagi mereka yang inginkan kedamaian dan melihat haiwan hidupan liar. Bagi pengunjung yang bernasib baik akan dapat melihat penyu bertelur di Pulau Gemia ini.


Sekiranya anda ingin ke Pulau Gemia dengan pengangkutan awam dari Kuala Terengganu, anda perlu menaiki bas atau teksi dari hentian bas atau teksi di Kuala Terengganu ke Marang. Dari Jeti Marang, anda boleh menaiki bot biasa atau bot laju untuk ke Pulau Gemia.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts