-->
Booking.com

Saturday, September 25, 2010

Gua Taat

Lokasi Gua Taat berdekatan dengan Gua Bewah. Perjalanan dari Pengkalan Gawi ke Gua Taat mengambil masa 45 minit. Seperti Gua Bewah, Gua Taat juga mempunyai bentuk dan formasi stalagmite yang unik.


Gua Taat telah diekskavasi oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Muzium Negeri Terengganu pada 1989. Hasil penyelidikan mendapati Gua Taat merupakan penempatan masyarakat pra-sejarah yang lebih awal berbanding Gua Bewah.


Sebenarnya, Gua Taat ini mula diterokai untuk kajian sejarah pada tahun 1959. Terdapat penemuan pelbagai artifak zaman dahulu yang dianggarkan berusia sekitar 10,000 tahun di gua ini.


Saiz Gua Taat agak kecil berbanding dengan Gua Bewah. Gua Taat juga sukar untuk dikunjungi kerana sentiasa ditenggelami air. Gua Taat hanya boleh dikunjungi ketika air surut, biasanya pada hujung tahun.


Untuk berkunjung ke Gua Taat, anda perlu mendapatkan info dari Pusat Penerangan Pelancong di Pengkalan Gawi terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts