-->
Very Limited ! Done For You - Dropshipping ECommerce Website + FB Store..Affordable Pricing...Sms/WhatsApp 019-9932023..

Friday, September 24, 2010

Taman Negara Terengganu


Tanjung Mentong merupakan pintu masuk untuk ke Taman Negara Terengganu. Untuk ke Tanjung Mentong, anda perlu menaiki bot dari Jeti di Pengkalan Gawi atau Jenagor. Perjalanan ke Tanjung Mentong mengambil masa kira-kira 45 minit dan akan melalui Tasik Kenyir iaitu tasik buatan terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 Hektar.


Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, di Taman Negara Terengganu anda berpeluang untuk mendaki Gunung Gagau yang mempunyai ketinggian 1,376 meter. Gunung Gagau merupakan puncak kedua tertinggi di Taman Negara selepas Gunung Tahan. Pada ketinggian 1,376 meter, anda boleh melihat ketiga-tiga negeri di Taman Negara.


Di Taman Negara Terengganu atau juga dikenali dengan nama Taman Negara Kenyir, anda juga boleh mengunjungi Gua Bewah dan Gua Taat. Di Gua Bewah inilah, artifak purba berusia 4,000 SM pernah ditemui.


Bagi kaki pancing, terdapat pelbagai spesies ikan di Taman Negara Terengganu. Antara spesies ikan yang terdapat di sini ialah Ikan Kelah, Toman, Belida, Lampan, Baung, Kejor dan Sebarau. Anda boleh menyewa ‘Houseboat’ di Jeti Pengkalan Gawi untuk ke lokasi memancing.




Beberapa peraturan ditetapkan dan sedikit bayaran dikenakan kepada mereka yang ingin memasuki Taman Negara Terengganu. Disertakan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan melalui Pejabat Perhilitan di Pusat Informasi Pelancong di Jeti Gawi.

Permit Masuk – RM1.00
Permit Berkhemah : RM1.00
Permit Kamera : Rm5.00
Permit Memancing : RM10.00


Keindahan alam semulajadi di Taman Negara Terengganu pasti meninggalkan kenangan manis dalam hidup anda.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Perhilitan
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my

1 comment:

  1. Bestnya....tapi nak prgi dgan siapa tak best la sorang2

    ReplyDelete

Popular Posts