-->
Booking.com

Monday, September 13, 2010

Pantai Peranginan Kelulut


Pantai Peranginan Kelulut terletak di Daerah Marang. Sekiranya anda datang dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuantan, Pantai Peranginan Kelulut berada di sebelah kiri anda. Jarak dari Kuala Terengganu ke Pantai Peranginan Kelulut ialah 17 km.


Pengunjung yang berkunjung ke Pantai Peranginan Kelulut pasti tertarik dengan keindahan dan ketenangan terdapat di sini. Selain itu, terdapat banyak gerai makan di tepi jalan utama di sekitar pantai ini.


Selain dari penduduk tempatan, ramai pengunjung luar yang menjadikan Pantai Peranginan Kelulut sebagai destinasi persinggahan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.


Antara aktiviti pelancongan yang di adakan di Pantai Peranginan Kelulut ialah Fiesta Candat Sotong 2010 yang diadakan dari 23 Mac 2010 hingga 1 April 2010. Majlis perasmian telah diadakan di Jeti LKIM Marang pada 27 Mac 2010. Pekan Budaya Daerah Marang juga telah diadakan di Pantai Peranginan Kelulut pada 21 April 2010 hingga 27 April 2010 yang lalu.


Di Pantai Peranginan Kelulut juga berlangsung acara “Swimathon Kapas-Marang International Challenge” pada 17 & 18 April 2010. Acara ini bermula dari Pulau Kapas dan berakhir di Pantai Peranginan Kelulut, Marang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts