-->

Search Hotels

Check-in Date

Check-out Date

Thursday, September 9, 2010

Hutan Lipur Cemerong


Hutan Lipur Cemerong terletak dalam Hutan Simpan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Jarak perjalanan untuk ke Hutan Lipur Cemerong ini dari Bandar Al-Muktafibillah Shah ialah kira-kira 30 km, sementara dari Bandar Kuala Terengganu pula ialah 100 km.

Air Terjun Cemerong


Hutan Lipur Cemerong ini merupakan Hutan Lipur Kekal terbesar. Ia mempunyai keluasan lebih 300 ekar dengan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu 305 meter. Air Terjun Cemerong amat terkenal dikalangan penduduk tempatan.


Antara aktiviti yang sering dilakukan pengunjung yang datang ke sini ialah berkelah, berkhemah, mandi-manda, mendaki, merentas hutan dan bersiar-siar.


Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara pandang, kemudahan rekreasi dan kedai cenderahati terdapat di kawasan Hutan Lipur ini.


Untuk ke sini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Al-Muktafibillah Shah. Hutan Lipur Cemerong terletak di bawah jagaan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8441404

No comments:

Post a Comment

Popular Posts