Thursday, September 9, 2010
Bukit Keluang
Pantai Bukit Keluang di Daerah Besut merupakan satu lagi pantai yang menjadi tumpuan pelancong. Pantai ini mempunyai daya tarikan dan keindahan yang tersendiri. Dengan pantai yang bersih dan pasir memutih, Pantai Bukit Keluang kini menjadi destinasi pilihan untuk bercuti pada hujung minggu dan hari cuti.
Pantai Bukit Keluang yang terletak kira-kira 19 km dari Bandar Jerteh ini juga dikenali dengan nama Pantai Dendong. Pengunjung yang datang ke pantai ini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti memancing, bermain wau dan lain-lain.
Pelbagai kemudahan awam turut disediakan untuk kemudahan pengunjung seperti rumah rehat, restoran, tandas awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain.
Selain dari keindahan pantai, pelancong juga boleh meneroka gua yang terdapat di tepi pantai ini. Pemandangan di dalam gua ini sangat menarik dan mengagumkan. Gua di Bukit Keluang ini mudah dan selamat untuk di terokai. Namun begitu, anda dinasihatkan mendapatkan panduan dari penduduk tempatan secara percuma atau dengan sedikit bayaran sekiranya anda ingin meneroka gua di Bukit Keluang ini.
Bagaimana untuk ke Bukit Keluang.
Dari Kuala Lumpur, anda perlu melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuala Terengganu. Apabila sampai di Kuala Terengganu, anda perlu mencari arah jalan untuk ke Kota Bharu. Bukit Keluang ini terletak di Kuala Besut iaitu sempadan antara Negeri Terengganu dan Kelantan.
Sekiranya anda dari Kota Bharu, ambil arah jalan untuk ke Kuala Terengganu. Apabila sampai di Jerteh dalam Daerah Besut, cari tanda jalan untuk ke Kuala Besut. Anda akan menemui Bukit Keluang sebelum sampai ke Jeti Kuala Besut.
Anda juga boleh memilih untuk menaiki pengangkutan awam untuk ke Besut dari Kuala Terengganu atau Kota Bharu. Cuma anda dinasihatkan bertanya terlebih dahulu mengenai bayaran tambang sekiranya anda memilih untuk ke sini menaiki teksi.
Labels:
Besut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Memandu bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang melancong ke Negeri Terengganu adalah merupakan satu pengalaman menarik. Kehijauan hutan...
-
Alamanda Hotel 28–28A, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6228888 Faks: 09-6238899 Baitul Muslim Homestay No.5, Tama...
-
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar...
-
Abdul Chalet Lot 143, Kg. Seb. Tengah, Pulau Perhentian Besar, 22300 Kuala Besut, Terengganu. Tel: 09-6911610, 019-9127303 Arwana Perhentian...
-
Awang Beach Resort Kg. Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu. Tel: 09-8443500 Faks: 09-8454500 D’ Pengkalan 3 Alam Lot 634, Zon Pelancongan...
-
Ahas Chalet Km 13, Rusila, 21080 Marang, Terengganu. Tel: 09-6182229 Faks: 09-6182229 Angullia Beach House Km 20, Kampung Rhu Muda, 21600 Ma...
-
Awana Kijal Apartment No. 4A, Persiaran Bunga Melor, Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu. Tel: 09-864961...
-
Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut men...
-
Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Mas...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.