-->
Very Limited ! Done For You - Dropshipping ECommerce Website + FB Store..Affordable Pricing...Sms/WhatsApp 019-9932023..

Friday, September 24, 2010

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) terletak di Chendering, lebih kurang 6 km dari Bandar Kuala Terengganu. Pusat kraftangan ini memberi pelbagai pilihan barangan kraftangan serta cara penghasilan dan pembuatan.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) ini pada awal penubuhannya dikenali dengan nama Pusat Kemahiran Pertukangan MARA (PKPT Mara). PKPT Mara ditubuhkan pada tahun 1973 di Kuala Terengganu. Pada tahun 1976, PKPT Mara telah bertukar nama menjadi Lembaga Kraftangan Malaysia.

Dalam tahun 1990, Unit Pentadbiran & Kewangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Terengganu telah berpindah ke kompleks milik PKKM sendiri iaitu di Kawasan Perindustrian Chendering. Pembinaan kompleks kraftangan ini bermula pada tahun 1989 di atas tapak seluas 4 ekar dengan kos RM 2.42 juta.

Pada tahun 1996, PKKM telah mengorak dasar baru dengan melaksanakan dasar penswastaan melalui penubuhan Strategic Business Unit (SBU) bagi penumpuan kepada keluaran dan pasaran produk kraf. Pada tahun 2000, peranan asal PKKM digerakkan semula dengan nama diubah kepada Pusat Pembangunan Kraf (PPK). Pada 18 April 2005, PKKM Cawangan Terengganu diiktiraf sebagai Pusat Inovasi Kraf Tenunan Malaysia.

Produk kraftangan yang dihasilkan diperbuat dari tekstil, logam, hasil rimba dan seramik.

Tekstil










Logam










Hasil Rimba










Seramik










Antara aktiviti utama di PKKM ialah:

Penyelidikan & Pembangunan
• Pembangunan Rekaan – Rekaan & Prototaip Produk
• Kajian Teknologi
• Pembangunan Standard – Khidmat Piawaian Kraf Malaysia - Kawalan Mutu
• Kajian Bahan

Pemasaran & Promosi

• Promosi Jualan Peringkat Negeri

Pemuliharaan Kraf
• Pemuliharaan – Pendidikan Kraf / Interaktif Kraf
• Pemeliharaan – Galeri

Pembangunan Usahawan Kraf

• Pembangunan Usahawan Kraf
• Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
• Pembangunan Dan Promosi Batik Dan Tenun
• Pembangunan Perusahaan Kapal Layar & Bot Tradisional
• Pembangunan Industri Tembaga


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Terengganu)
Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering,
Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09–6171033, 6171034, 6175239
Faks: 09–6172381
E-mel: pkterengganu@kraftangan.gov.my

No comments:

Post a Comment

Popular Posts