-->
Booking.com

Wednesday, September 22, 2010

Pulau Lang Tengah



Pulau Lang Tengah merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Mengikut cerita penduduk tempatan, nama Pulau Lang Tengah berasal dari nama Burung Helang yang berehat di Pulau Tengah.


Pulau Lang Tengah juga dikenali sebagai antara tapak selam skuba yang terbaik di Malaysia. Saiz pulau yang kecil menjadi satu kelebihan. Pelancong akan beroleh ketenangan dan keselesaan bila berada di Pulau Lang Tengah.


Anda boleh meneroka keindahan Pulau Lang Tengah melalui pelbagai aktiviti. Selam skuba ialah salah satu aktiviti menarik untuk anda cuba. Di pulau ini, terdapat 15 lokasi selam skuba. Antara lokasi popular ialah Batu Kuching, Terumbu Kuning dan Tanjong Nibong Laut. Lokasi ini adalah berdekatan dan anda boleh menaiki bot untuk ke setiap lokasi.


Selain dari selam skuba, anda juga boleh melakukan aktiviti snorkel di Pulau Lang Tengah. Air yang tenang dan jernih membolehkan anda melihat dengan jelas pemandangan kehidupan di dasar laut.


Memancing merupakan pilihan menarik sebagai salah satu aktiviti anda di Pulau Lang Tengah. Anda boleh menyewa bot untuk ke lokasi memancing di sekitar pulau ini. Terdapat juga hotel dan resort yang menjadikan aktiviti memancing sebahagian dari pakej penginapan.


Masa terbaik untuk berkunjung ke Pulau Lang Tengah ialah dari Mac hingga Oktober. Ini kerana banyak tempat penginapan di tutup ekoran musim tengkujuh dari bulan November hingga Februari.


Walaupun tidak terkenal seperti Pulau Redang atau Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah tetap menawarkan sesuatu yang menarik kepada pelancong tempatan mahu pun pelancong luar.


Untuk ke Pulau Lang Tengah, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang. Jarak dari Jeti Merang ke Pulau Lang Tengah ialah 24 km yang mengambil masa antara 30-40 minit perjalanan. Anda juga boleh menaiki Feri yang bertolak dari Jeti Merang pada pukul 10.00 pagi dan 12.00 tengahari dan bertolak balik dari pulau pada pukul 8.30 pagi dan 2.00 petang.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : 09-6221433/1893





3 comments:

  1. tak terkenal di kalangan pelancong tempatan tapi famous di kalangan pelancong luar. nice place for scuba n snorkeling..
    blog cuti aku , cutimalisia.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. pernah...memang best..belum byk terusik lagi pulau ni berbanding pulau lain di terengganu..

    p/s: mali & immali = same person

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts