-->
Booking.com

Sunday, September 12, 2010

Pantai Air Tawar


Selain dari Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar juga merupakan destinasi pelancongan popular di Daerah Besut. Di pantai yang menjadi tumpuan pelancong ini, aktiviti yang sering dilakukan pengunjung ialah berkelah dan mandi-manda. Ada juga pengunjung yang memilih hanya untuk bersiar-bersiar menikmati keindahan pemandangan di tepi Pantai Air Tawar ini.


Kawasan peranginan ini sebenarnya sudah lama wujud dan sentiasa dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap petang, hujung minggu ataupun pada musim cuti persekolahan. Pada setiap tahun kawasan peranginan Pantai Air Tawar ini sering diadakan Pesta Kebudayaan dan Kesenian bagi menyambut kedatangan para pelancong.


Pelbagai kemudahan terdapat di pantai ini seperti wakaf, taman permainan dan tandas awam. Bagi mereka yang ingin bermalam, terdapat hotel dan chalet di kawasan berhampiran. Gerai-gerai makan juga banyak terdapat di kawasan pantai ini.


Pantai Air Tawar terkenal dengan keindahan pantainya. Dengan kemudahan yang ada, ia kerap menjadi destinasi percutian keluarga selain menjadi tempat pilihan untuk menjalankan aktiviti kebudayaan dan sebagainya.


Sekiranya anda berkunjung ke Besut, singgahlah di Pantai Air Tawar. Pantai Air Tawar ini terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Pekan Kuala Besut atau 30 minit dari Bandar Jerteh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts