-->
Very Limited ! Done For You - Dropshipping ECommerce Website + FB Store..Affordable Pricing...Sms/WhatsApp 019-9932023..

Tuesday, September 21, 2010

Pantai Merang


Pantai Merang sepanjang 30 km merupakan satu lagi pantai yang indah dan menarik untuk dikunjungi di Daerah Setiu. Bagi mereka yang pertama kali datang ke Terengganu, pastikan anda tidak keliru dengan nama “Merang” dan “Marang”. Merang merupakan sebuah tempat di Daerah Setiu, manakala Marang pula ialah sebuah daerah dalam Negeri Terengganu.


Di pantai ini terdapat Jeti Merang yang digunakan pelancong untuk ke pulau berhampiran seperti Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Merang merupakan salah satu pintu masuk utama untuk ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Di Sungai Merang berhampiran kawasan pantai ini juga terdapat Kunang-kunang. Anda boleh menyewa bot dari Jeti Merang untuk menyaksikan sendiri kerlipan Kunang-kunang ini.


Berhampiran kawasan ini juga dibina benteng pemecah ombak untuk menetapkan kedalaman muara sungai, yang mana pembinaan ini telah menghasilkan laguna buatan manusia. Ini menjadikan kawasan ini sesuai dijadikan sebagai tapak perkhemahan. Di Pantai Merang ini juga terdapat sebuah Taman Awam yang indah dan beberapa minit sahaja dari Jeti Merang


Di samping berehat menikmati keindahan pantai, anda juga boleh menikmati makanan laut segar yang terdapat di gerai makan di sepanjang pantai ini. Kepada yang ingin bermalam di sini sebelum ke Pulau Redang atau Pulau Lang Tengah, sila rujuk senarai tempat penginapan di Daerah Setiu.


Walaupun bukan pantai yang terkenal di Terengganu, pantai yang panjang dan berpasir putih ini pasti akan meninggalkan kenangan indah kepada mereka yang berkunjung ke sini.


Untuk ke Pantai Merang menggunakan pengangkutan awam, anda boleh menaiki bas dari Hentian Bas MBKT atau dengan teksi di Perhentian Teksi Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts