-->

Search Hotels

Check-in Date

Check-out Date

Thursday, September 30, 2010

Hutan Lipur Sekayu@Air Terjun Sekayu


Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali Air Terjun Sekayu terletak di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Hutan Lipur Sekayu ini terletak di dalam Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 16 km dari Bandar Kuala Berang dan 56 km dari Bandar Kuala Terengganu.


Hutan Lipur Sekayu mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.


Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan di mana ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk menggamit kehadiran pengunjung untuk berkunjung ke Hutan Lipur Sekayu.


Kawasan Hutan Lipur Sekayu ini juga kaya dengan pelbagai khazanah alam semulajadi seperti spesies flora dan fauna yang masih terpelihara. Pelbagai spesies pokok yang terdapat di Hutan Lipur Sekayu ini mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.


Di Hutan Lipur Sekayu ini juga terdapat kawasan perkelahan yang luas yang terletak di sepanjang sungai di mana kawasan perkelahan ini amat sesuai untuk seisi keluarga.


Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan untuk pengunjung seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat dan tapak perkhemahan.


Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Hutan Lipur Sekayu ini ialah mandi, berkelah, berkhemah, merentas denai hutan, berehat dan bersiar-siar.


Bagaimana untuk ke Hutan Lipur Sekayu


Dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuh Raya Karak ke arah Kuantan. Kemudian anda perlu pilih samada untuk mengikuti Lebuh Raya Jerangau-Jabor di Wilayah Ketengah untuk sampai ke Kuala Berang atau melalui jalan persisiran pantai Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Hutan Lipur Sekayu. Sekiranya anda bercadang untuk ke sini dengan menaiki bas ekspres, terdapat pelbagai syarikat bas ekspres yang menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Anda perlu menaiki bas ekspres dari Hentian Putra. Dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Hutan Lipur Sekayu.


Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Lumpur-Kuala Terengganu atau anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Terengganu melalui Lebuh Raya Timur-Barat. Dari Kuala Terengganu anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Hutan Lipur Sekayu. Anda juga boleh memandu sendiri ke Hutan Lipur Sekayu dari Pulau Pinang.


Dari Johor, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Johor Bharu ke Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu anda boleh menggunakan perkhidmatan bas atau teksi untuk ke Hutan Lipur Sekayu. Sekiranya anda memandu sendiri, anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai dari Mersing-Pekan-Kuantan-Kemaman-Kerteh-Paka-Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Hutan Lipur Sekayu atau anda juga boleh menggunakan Lebuh Raya Muadzam Shah untuk ke Kemaman. Dari Kemaman anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Hutan Lipur Sekayu.


Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia juga menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, anda boleh menaiki teksi untuk ke Hutan Lipur Sekayu.

Tempat penginapan di Daerah Hulu Terengganu:

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt. 23,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Emel: anggerik.impian@yahoo.com

Chalet Majlis Daerah
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6811466, 09-6811149, 09-6816043
Faks: 09-6232692

Homestay Kampung Buloh
Kampung Buloh,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9104186, 013-9040719, 013-9025402
Emel: isnaidee@gmail.com

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pejabat Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort & Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu.
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my

Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684

Jabatan Perhilitan
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542

Uncle John Resort
Berdekatan Air Terjun Lasir,
Terengganu.
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my

Warisan Pahlawan Resort
No. 22, Kg Pauh, Jalan Jenagor,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6817751, 019-6430355, 013-6075068

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
Tingkat 8, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6274155

1 comment:

  1. saya ingin mengadakan trip bercuti pejabat lingkungan dalam 40 org...ingin dapatkan maklumat untuk penginapan..hubungi sy di talian 0176509176 -amie hassan- cgdan dalam bulan 2/3 ini.

    ReplyDelete

Popular Posts