Monday, September 20, 2010
Pantai Penarik
Pantai Penarik terletak di Daerah Setiu. Jarak perjalanan untuk ke Pantai Penarik dari Kuala Terengganu ialah 90 km. Pemandangan yang cantik dan perkampungan nelayan menjadikan Pantai Penarik amat sesuai untuk dikunjungi.
Dari Pantai Penarik, anda akan dapat melihat beberapa pulau yang terkenal seperti Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah dan juga Pulau Redang. Di sepanjang pantai ini juga terdapat benyak gerai makan dan tempat berkelah.
Pantai yang panjang, landai dan pasir yang memutih menjadikan Pantai Penarik tumpuan penduduk tempatan dan pelancong untuk berkunjung terutama pada hujung minggu atau hari cuti. Pantai Penarik juga menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang dalam perjalanan untuk berehat dan makan di gerai makan yang terdapat di sepanjang pantai ini.
Untuk ke Pantai Penarik dari Kuala Terengganu, anda perlu menuju ke Setiu atau Kota Bharu melalui jalan pantai. Sekiranya anda tidak pasti, tanya penduduk tempatan. Dari Kota Bharu, anda perlu menuju ke Kampung Raja di Daerah Besut. Dari sini anda perlu mencari papan tanda untuk ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai. Apabila tiba di Daerah Setiu, anda akan menemui Pantai Penarik.
Labels:
Setiu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Memandu bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang melancong ke Negeri Terengganu adalah merupakan satu pengalaman menarik. Kehijauan hutan...
-
Alamanda Hotel 28–28A, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6228888 Faks: 09-6238899 Baitul Muslim Homestay No.5, Tama...
-
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar...
-
Abdul Chalet Lot 143, Kg. Seb. Tengah, Pulau Perhentian Besar, 22300 Kuala Besut, Terengganu. Tel: 09-6911610, 019-9127303 Arwana Perhentian...
-
Awang Beach Resort Kg. Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu. Tel: 09-8443500 Faks: 09-8454500 D’ Pengkalan 3 Alam Lot 634, Zon Pelancongan...
-
Ahas Chalet Km 13, Rusila, 21080 Marang, Terengganu. Tel: 09-6182229 Faks: 09-6182229 Angullia Beach House Km 20, Kampung Rhu Muda, 21600 Ma...
-
Awana Kijal Apartment No. 4A, Persiaran Bunga Melor, Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu. Tel: 09-864961...
-
Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut men...
-
Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Mas...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.