-->
Very Limited ! Done For You - Dropshipping ECommerce Website + FB Store..Affordable Pricing...Sms/WhatsApp 019-9932023..

Wednesday, September 15, 2010

Marang Waterfront


Marang Waterfront yg terletak di muara Sungai Marang ini ialah destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi sekiranya anda ke Marang. Lokasi yang sesuai, suasana yang tenang dan pemandangan indah menjadikannya tumpuan penduduk tempatan & luar untuk berehat.


Marang Waterfront ini dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 2007. Jeti Marang juga terdapat di sini. Di Jeti Marang inilah pelancong menaiki bot untuk ke Pulau Kapas, Pulau Gemia dan juga menyewa bot menyusuri Sungai Marang.


Untuk ke Marang Waterfront ini, anda boleh menaiki pengangkutan awam samada bas atau teksi dari Bandar Kuala Terengganu. Anda juga boleh menaiki kenderaan sendiri. Jarak Marang Waterfront ini dari Bandar Kuala Terengganu ialah kira-kira 17 km.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts