-->
Booking.com

Sunday, September 12, 2010

Pulau Kapas


Bandar Marang terletak kira-kira 18 km dari Bandar Kuala Terengganu. Di Daerah Marang, terdapat sebuah pulau yang amat terkenal di kalangan pelancong tempatan dan juga pelancong asing iaitu Pulau Kapas. Namanya berasal dari Pokok Kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas.


Jarak Pulau kapas dari pinggir Pantai Marang ialah 6 km. Perjalanan dengan bot ke Pulau Kapas mengambil masa antara 15 hingga 30 minit dari Jeti Marang.


Antara aktiviti utama di Pulau Kapas ialah Snorkel. Selain itu, pengunjung juga boleh menyelam, berenang, luncur papan air, berkayak, bersiar-siar menaiki bot dan memancing. Pelbagai jenis batu karang & spesies hidupan laut yang terdapat di Pulau Kapas menjadikannya destinasi pilihan bagi peminat aktiviti selam skuba dan snorkel.


Keindahan Pulau Kapas dengan kejernihan air dan pasir yang memutih menjadikannya destinasi pelancongan yang amat popular di Terengganu. Waktu yang sesuai untuk melancong ke sini ialah dari April hingga Oktober.


Bagi pelancong yang ingin bermalam di Pulau Kapas, terdapat banyak hotel, resort dan chalet, tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.Sila rujuk di sini untuk senarai tempat penginapan di Daerah Marang.


Bagi mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi, jadikan Pulau Kapas destinasi pilihan anda.


Penginapan Di Pulau Kapas & Pulau Gemia.


Turtle Cove Chalet
Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 012-2067324

The Light House@Long House Style
Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 012-3786825, 012-3770214

Duta Puri Island Resort
Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6246090, 03-20933030
Faks: 09-6246090, 03-20921851
Laman Web: http://www.dutaresorts.com
Emel: dutapuri@dutaresorts.com

Kapas Island Resort
Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6316468
Faks: 09-6311469
Laman Web: http://www.kapas-island-resort.com
Emel: sales@kapasislandresort.com, info@heritageonestop.com.my

Kapas Beach Chalet
Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 019-9682331, 012-2882008

Makcik Gemok Beach Resort
Lot 82 & 86, Pulau kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6245120, 012-9281920, 019-9884034
Faks: 09-6182250

Kapas Garden Resort,
Lot 81, Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6245162
Faks: 09-6245162

Qimi Chalet
Lot 3325, Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 019-9518159

Gem Island Resort & Spa
Lot 2804, Pulau Gemia,
Mukim Rusila Daerah Marang,
21600 Marang, Terengganu.
Tel : 09-6125110, 09-6882505
Faks: 09-6125109
Laman Web: http://www.gemisland.com.my

Bagaimana untuk ke Pulau Kapas.


Sekiranya anda ingin ke Pulau Kapas dengan pengangkutan awam dari Kuala Terengganu, anda perlu menaiki bas atau teksi dari hentian bas atau teksi di Kuala Terengganu ke Marang. Dari Jeti Marang, anda boleh menaiki bot biasa atau bot laju untuk ke Pulau Kapas.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts