Sunday, September 5, 2010
Gunung Tebu
Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Besut, Terengganu. Lokasi Gunung Tebu ialah di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih dan 118 km dari Bandar Kuala Terengganu.
Dengan ketinggian 1,039 meter, Gunung Tebu sering menjadi tumpuan bagi mereka yang gemarkan aktiviti mendaki. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke puncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini. Jika tidak berkabus tebal, anda akan dapat melihat keindahan Pulau Perhentian dari puncak Gunung Tebu.
Hutan Lipur Lata Belatan adalah tempat permulaan untuk mendaki Gunung Tebu. Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap pendaki dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 sebagai permit mendaki.
Di sini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, bersiar-siar dan merentas denai hutan. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah gerai-gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.
Bagaimana untuk ke sini
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lata Belatan, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari Pekan Jertih, anda perlu menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.
Labels:
Besut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Memandu bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang melancong ke Negeri Terengganu adalah merupakan satu pengalaman menarik. Kehijauan hutan...
-
Alamanda Hotel 28–28A, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6228888 Faks: 09-6238899 Baitul Muslim Homestay No.5, Tama...
-
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar...
-
Abdul Chalet Lot 143, Kg. Seb. Tengah, Pulau Perhentian Besar, 22300 Kuala Besut, Terengganu. Tel: 09-6911610, 019-9127303 Arwana Perhentian...
-
Awang Beach Resort Kg. Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu. Tel: 09-8443500 Faks: 09-8454500 D’ Pengkalan 3 Alam Lot 634, Zon Pelancongan...
-
Ahas Chalet Km 13, Rusila, 21080 Marang, Terengganu. Tel: 09-6182229 Faks: 09-6182229 Angullia Beach House Km 20, Kampung Rhu Muda, 21600 Ma...
-
Awana Kijal Apartment No. 4A, Persiaran Bunga Melor, Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu. Tel: 09-864961...
-
Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut men...
-
Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Mas...
Sila hubungi kami untuk tempahan hotel ke gunung tebu dan lata belatan hanya 10minit berjalan kaki 0179591868.
ReplyDelete