-->
Booking.com

Tuesday, September 7, 2010

Lata Tembakah


Hutan Lipur Lata Tembakah atau juga dikenali Hutan Rekreasi Lata Tembakah yang mula dimajukan dalam tahun 1987 terletak di kawasan Hutan Simpan Pelagat dalam Daerah Besut. Ianya merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu.


Lata Tembakah merupakan salah satu destinasi pelancong yang terkenal di Daerah Besut. Air Terjun Lata Tembakah dengan ketinggian 50 meter membentuk air terjun tujuh peringkat yang sangat cantik. Selain air terjun, terdapat juga kolam kecil yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda.


Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti merentasi hutan dan menikmati keindahan alam di Hutan Lipur Lata Tembakah. Jambatan gantung juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.


Lata Tembakah ini amat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Air Terjun Lata Tembakah yang cantik, kejernihan air sungai dan ikan kecil yang bermain-main dicelah kaki pasti meninggalkan suatu kenangan indah dalam hidup anda.


Pelbagai kemudahan terdapat di sini seperti chalet, rumah rehat dan tapak perkhemahan bagi mereka yang ingin bermalam. Selain itu terdapat juga kaunter penerangan, gerai makan, pondok rehat, bilik persalinan, tandas awam dan taman di sini.


Untuk ke Lata Tembakah, pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau awam dari Kuala Terengganu ke Jerteh sebelum ke Lata Tembakah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts