-->
Laptop Repair Services..Any Brand, any problem...Call 019-9932023 (Dungun, Terengganu)..

Search Hotels

Check-in Date

Check-out Date

Thursday, September 30, 2010

Air Terjun Di Tasik Kenyir


Salah satu produk pelancongan yang menarik di Tasik Kenyir ialah air terjun. Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk lima yang popular di Tasik Kenyir iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.


Lokasi Air Terjun Di Tasik kenyir


Air Terjun Lasir


Dengan ketinggian 500 kaki, Air Terjun Lasir merupakan air terjun tercantik dan paling sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai beberapa kolam yang luas. Air terjunnya cantik dan bertingkat-tingkat.


Antara yang menjadi tarikan di Air Terjun Lasir ialah menara tinjau dan jambatan gantung yang menyeberang air terjun. Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30-45 minit.


Aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di Air Terjun Lasir ialah mandi-manda, berkhemah, merentas hutan dan mendaki.


Air Terjun Saok


Air terjun yang agak landai dan terletak lebih hampir dengan Pengkalan Gawi ialah Air Terjun Saok. Ia juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi tetapi tidak mempunyai kolam-kolam yang besar sebagaimana Air Terjun Lasir. Taman Herba di Pulau Sah Kecil terletak tidak jauh dari laluan masuk ke kawasan Air Terjun Saok ini.


Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, Hanya 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.


Air Terjun Tembat


Air Terjun Tembat terletak di Sungai Tembat. Jarak perjalanan ke lokasi Air Terjun Tembat dari Pengkalan Gawi ialah 23 km yang mengambil masa 45 hingga 60 minit.


Selain dari mandi-manda, pengunjung yang datang ke sini juga boleh berkayak dan berkhemah di kawasan Air Terjun Tembat.


Air Terjun Sungai Buweh

Bagi pengunjung yang tidak berminat menaiki bot untuk masuk ke kawasan pedalaman, mereka masih mempunyai pilihan untuk berkelah di kawasan Air Terjun Sungai Buweh, kira-kira 5.5 km dri Pengkalan Gawi dengan kenderaan. Beberapa kemudahan disediakan oleh pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) seperti wakaf, tandas, pelantar pejalan kaki dan kolam takungan. Air Terjun Sungai Buweh mempunyai keunikan tersendiri di mana airnya mengalir dan hilang ke bawah tanah.


Jeram Lata Terap

Lokasi Jeram Lata Terap ini ialah 22 km dari Pengkalan Gawi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak dan memancing.

Bagaimana untuk ke Tasik Kenyir


Dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuh Raya Karak ke arah Kuantan. Kemudian anda perlu pilih samada untuk melalui Lebuh Raya Jerangau-Jabor di Wilayah Ketengah untuk sampai ke Ajil atau melalui jalan persisiran pantai Kemaman-Kerteh-Paka-Dungun-Marang-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir. Sekiranya anda bercadang untuk ke sini dengan menaiki bas ekspres, terdapat pelbagai syarikat bas ekspres yang menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Anda perlu menaiki bas ekspres dari Hentian Putra. Dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Tasik Kenyir.


Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Lumpur-Kuala Terengganu atau anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Terengganu melalui Lebuh Raya Timur-Barat. Dari Kuala Terengganu anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Tasik Kenyir. Anda juga boleh memandu sendiri ke Tasik Kenyir dari Pulau Pinang.


Dari Johor, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Johor Bharu ke Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu anda boleh menggunakan perkhidmatan bas atau teksi untuk ke Tasik Kenyir. Sekiranya anda memandu sendiri, anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai dari Mersing-Pekan-Kuantan-Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu-
Kuala Berang-Tasik Kenyir atau anda juga boleh menggunakan Lebuh Raya Muadzam Shah untuk ke Kemaman. Dari Kemaman anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir.


Syarikat Penerbangan Malaysia dan Air Asia juga ada menyediakan penerbangan ke Kuala Terengganu. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Tasik Kenyir.


Senarai tempat penginapan di Daerah Hulu Terengganu:

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt. 23,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Emel: anggerik.impian@yahoo.com

Chalet Majlis Daerah
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6811466, 09-6811149, 09-6816043
Faks: 09-6232692

Homestay Kampung Buloh
Kampung Buloh,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9104186, 013-9040719, 013-9025402
Emel: isnaidee@gmail.com

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pejabat Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort and Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu.
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my

Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684

Jabatan Perhilitan
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542

Uncle John Resort
Berdekatan Air Terjun Lasir,
Terengganu.
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my

Warisan Pahlawan Resort
No. 22, Kg Pauh, Jalan Jenagor,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6817751, 019-6430355, 013-6075068

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Penerangan Pelancong
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
Tel: 09-6267788, 09-6668498
Faks: 09-6667657, 09-6668979

No comments:

Post a Comment

Popular Posts