Friday, September 24, 2010
Santuari Gajah Sungai Ketiar
Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) merupakan tarikan terbaru ke Tasik Kenyir. Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) ini mula dibuka pada 29 Januari 2010 dan ia merupakan projek kerjasama antara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia meliputi kawasan seluas 15,000 hektar dan bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut. Lokasi Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) ini juga berdekatan dengan Santuari Kelah di Sungai Petang.
Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) ini beroperasi dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Sehingga ke hari ini, Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) telah menerima kunjungan hampir 10,000 pelancong yang sebahagian besarnya ialah pelancong tempatan. Kini terdapat dua ekor gajah yang berusia 8 tahun di Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK). Gajah ini diberi nama "Chalil" dan "Suria". Chalil adalah gajah jantan yang ditangkap di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Gua Musang, Kelantan pada tahun 2003, manakala Suria ialah gajah betina yang ditangkap di Bandar Permaisuri, Setiu pada tahun 2005.
Kedua-dua ekor gajah ini dihantar untuk menjalani latihan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Temerloh, Pahang sebelum dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK). Kos makanan unuk gajah ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebanyak RM12,000 sebulan. Gajah-gajah ini memerlukan makanan kira-kira 100 kilogram sehari. Roti untuk sarapan pagi, tebu untuk makanan tengah hari dan buah-buahan seperti tembikai, betik, ubi keledek dan jagung untuk makanan petang.
Jika anda melalui jalan Kuala Berang-Aring-Cameron Highlands, jangan lupa singgah di Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) untuk merasai peluang bermain, memberi makan kepada haiwan itu dan menunggang gajah. Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) ini bukan saja memberi peluang pengunjung melihat 'haiwan gergasi' itu dari dekat dan merasai sendiri pengalaman bermain dengan gajah, malah kesempatan untuk pengunjung khususnya yang dalam perjalanan jarak jauh berehat seketika daripada kepenatan memandu. Anda tidak perlu risau soal keselamatan ketika bermain atau menunggang gajah yang kedua-duanya berusia lapan tahun itu kerana lima kakitangan yang menjaga haiwan berkenaan secara bergilir setiap minggu berpengalaman luas dalam penjagaan haiwan.
Labels:
Hulu Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Memandu bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang melancong ke Negeri Terengganu adalah merupakan satu pengalaman menarik. Kehijauan hutan...
-
Alamanda Hotel 28–28A, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6228888 Faks: 09-6238899 Baitul Muslim Homestay No.5, Tama...
-
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar...
-
Abdul Chalet Lot 143, Kg. Seb. Tengah, Pulau Perhentian Besar, 22300 Kuala Besut, Terengganu. Tel: 09-6911610, 019-9127303 Arwana Perhentian...
-
Awang Beach Resort Kg. Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu. Tel: 09-8443500 Faks: 09-8454500 D’ Pengkalan 3 Alam Lot 634, Zon Pelancongan...
-
Ahas Chalet Km 13, Rusila, 21080 Marang, Terengganu. Tel: 09-6182229 Faks: 09-6182229 Angullia Beach House Km 20, Kampung Rhu Muda, 21600 Ma...
-
Awana Kijal Apartment No. 4A, Persiaran Bunga Melor, Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu. Tel: 09-864961...
-
Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut men...
-
Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Mas...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.