-->
Booking.com

Thursday, August 19, 2010

Hutan Lipur Besul


Hutan Lipur Besul terletak dalam Daerah Dungun. Jarak perjalanan untuk ke Hutan Lipur Besul ini ialah 10 km dari Bandar Dungun dan 105 km dari Kuala Terengganu.

Kawasan Hutan Lipur Besul ini terdapat pelbagai spesies pokok terutamanya dari spesies Meranti dan Keruing. Ini menjadikan Hutan Lipur Besul ini antara Hutan Simpan yang amat tinggi nilainya.

Hutan Lipur Besul ini mempunyai hutan semulajadi yang cantik, unik dan terletak di pinggir bandar. Beberapa kemudahan telah disediakan termasuklah pondok rehat, tandas awam dan tapak perkhemahan.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan merentas denai hutan. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.

Hutan Lipur Besul boleh di hubungi melalui jalan raya. Untuk ke sini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Dungun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Hutan Negeri Terengganu,
Tingkat 8, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6222444

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8441404

Tuesday, August 17, 2010

Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk


Terletak di Daerah Dungun, Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk dulunya merupakan laluan utama dari Dungun ke Paka, Kerteh dan Kemaman. Lokasi Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk ini hanya 6 km dari Bandar Dungun dan kira-kira 85 km dari Bandar Kuala Terengganu.


Lokasinya terletak berhampiran dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan di bawah pengurusan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Pelbagai kemudahan disediakan di Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk ini seperti dataran hijau, pusat penerangan, surau, pondok rehat, tempat duduk dan tandas awam.


Pada hari minggu dan cuti am, Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk ini menjadi tumpuan penduduk tempatan yang gemar berjoging dan bersenam.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan
Tel: 09-8441404

Popular Posts