-->
Booking.com

Saturday, October 16, 2010

Panduan Perjalanan Ke Terengganu_Kenderaan Sendiri

Memandu bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang melancong ke Negeri Terengganu adalah merupakan satu pengalaman menarik. Kehijauan hutan, air terjun, pemandangan indah di pantai dan keramahan penduduk Negeri Terengganu pasti meninggalkan suatu memori indah dalam hidup.


Dari Kuala Lumpur.

1) Laluan 1.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
(60 Km…Dari Kuala Lumpur ke Karak).
Lebuhraya Pantai Timur.
(169 Km…Dari Karak ke Kuantan, Pahang).
Jalan Kuantan-Kuala Terengganu.
(53 Km…Dari Kuantan ke Kemaman, Trg).
Jalan Kemaman-Kuala Terengganu.
(157 Km…Dari Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu).

2) Laluan 2.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
(60 Km…Dari Kuala Lumpur ke Karak).
Lebuhraya Pantai Timur.
(169 Km…Dari Karak ke Kuantan, Pahang).
Jalan Persekutuan Jabor-Jerangau.
(180 Km…Jabor-Jerangau-Ajil-Kuala Berang-Kuala Terengganu).


Dari Johor Bahru, Johor.

1) Jalan pesisir.

Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan-Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu.

2) Lebuhraya Utara Selatan.

i) Johor Bahru-Ayer Hitam-Kluang-Jemaluang-Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan-Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu.

ii) Johor Bahru-Yong Peng-Labis-Segamat-Bandar Muadzam Shah-Gambang-Kuantan/Pelabuhan Kuantan-Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu.


Dari Kuantan, Pahang.

1) Jalan pesisir.

Kuantan-Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu.

2) Jalan Persekutuan Jabor-Jerangau.

Kuantan-Cheneh Baru-Jerangau-Ajil-Kuala Berang-Kuala Terengganu.



Dari Utara & Pantai Barat (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak).


Lebuhraya Butterworth-Kulim (Butterworth-Kulim-Baling-Gerik)-Lebuhraya Timur Barat (Gerik-Jeli)-Jeli-Tanah Merah-Machang-Pasir Puteh-Besut/Jerteh-Setiu-Kuala Terengganu.

Panduan Perjalanan Ke Terengganu_Keretapi


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ada menyediakan perkhidmatan keretapi ke Kelantan dari Gemas di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (KL Sentral) dan Singapura. Dari Tanah Merah, Kelantan, anda boleh menggunakan perkhidmatan Kereta Sewa/Teksi untuk ke Terengganu.


Jadual perjalanan:

Gemas, Negeri Sembilan - Tanah Merah, Kelantan.
Masa: 10.00 mlm – 8.00 pagi
Harga Tiket: RM25.00

Kuala Lumpur - Tanah Merah, Kelantan.
Masa: 8.30 mlm – 8.50 pagi
Harga Tiket: RM29.00

Singapura – Tanah Merah, Kelantan.
Masa: 6.00 ptg – 8.00 pagi
Harga Tiket: RM31.00


Perkhidmatan Teksi dari Tanah Merah, Kelantan ke Terengganu.

Stesen Kereta Sewa/Teksi Jajahan Tanah Merah,
17500 Tanah Merah, Kelantan.
Tel: 09-9556455

Tanah Merah, Kltn–Kuala Besut, Trg RM55.00
Tanah Merah, Kltn–Setiu, Trg RM80.00
Tanah Merah, Kltn–Kuala Terengganu, Trg RM120.00


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Laman Web: http://www.ktmb.com.my
Tel: 03-22671200, 1300-88-5862

Stesen Gemas 07-9482863
Stesen KL 03-22671200
Stesen Singapura 02-62225165
Stesen Tumpat 09-7257232
Stesen Wakaf Bharu 09-7196986
Stesen Pasir Mas 09-7909025
Stesen Gua Musang 09-9121226

Popular Posts