-->
Booking.com

Sunday, August 22, 2010

Terowong Bukit Tebuk


Terowong Bukit Tebuk yang terletak di Daerah Dungun merupakan lokasi peninggalan sejarah yang jarang diketahui generasi muda pada hari ini. Terowong Bukit Tebuk ini dibina pada tahun 1935. Terowong bersejarah ini siap pada tahun 1936 dan digunakan sebagai laluan keretapi mengangkut bijih besi dari Bukit Besi ke Pelabuhan Sura Jeti.


Penggunaan Terowong Bukit Tebuk sepanjang 15 meter ini sebagai laluan kereta api dihentikan selepas lombong bijih besi ditutup sekitar tahun 1970an. Namun terowong ini masih digunakan dan menjadi laluan alternatif penduduk kawasan sekitar untuk ke jalan utama Kuantan-Kuala Terengganu.

Friday, August 20, 2010

Pantai Teluk Gadong


Pantai Teluk Gadong merupakan satu lagi destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Terletak berhampiran UITM Terengganu Cawangan Dungun, Pantai Teluk Gadong kini menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan juga para pelajar khususnya dari UITM untuk berehat pada waktu petang.


Pelbagai kemudahan terdapat di Pantai Teluk Gadong. Antara kemudahan yang ada di sini ialah gerai makan, taman permainan, pondok rehat dan juga tempat letak kereta.


Di Teluk Gadong ini juga terdapat sebuah tasik dan hutan lipur. Kawasan Teluk Gadong ini berpontensi menjadi satu produk pelancongan terbaik di Daerah Dungun sekiranya usaha memaju & menjaga keindahan kawasan dijalankan secara berterusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Popular Posts