-->
Booking.com

Friday, October 22, 2010

Panduan Perjalanan Ke Terengganu_Teksi/Kereta Sewa


Perhentian Teksi Jalan Sultan Zainal Abidin
(Stesen Bas Lama)
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6204881

Perhentian Teksi / Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6242694

Perhentian Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Hadapan Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6265150

Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu.
Tel: 09-6979840

Stesen Kereta Sewa Kuala Besut
22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu.
Tel: 09-6974294

Stesen Kereta Sewa/Teksi Bandar Permaisuri
22100 Setiu, Terengganu.
Tel: 019-9580488

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8481744

Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6813049

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman.
Tel: 09-8262108

Persatuan Pemandu Kereta Sewa/Teksi Lapangan Terbang, Pengkalan Chepa (Pelapek),
Stesen Kereta Sewa/Teksi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,
16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7747732

Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Tanah Merah,
Stesen Kereta Sewa/Teksi Jajahan Tanah Merah,
17500 Tanah Merah, Kelantan.
Tel: 09-9556455


Kadar Tambang Teksi (Sebuah Teksi)

Kuantan, Phg ke Kemaman, Trg RM70.00
Kuantan, Phg ke Dungun, Trg RM140.00
Kota Bharu, Kltn ke Jeti Kuala Besut, Trg RM70.00
Kota Bharu, Kltn ke Jeti Merang, Trg RM150.00
Kota Bharu, Kltn ke Kuala Terengganu, Trg RM170.00
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KB) ke Jeti Kuala Besut, Trg RM78.00
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KB) ke Jeti Merang, Trg RM167.00
Tanah Merah, Kltn ke Jeti Kuala Besut, Trg RM55.00
Tanah Merah, Kltn ke Kuala Terengganu, Trg RM120.00
K. Trg ke Jeti Merang, Setiu RM50.00
K. Trg ke Jeti Kuala Besut, Besut RM100.00
K. Trg ke Dungun RM80.00
K. Trg ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu RM90.00
K. Trg ke Hutan Lipur@ Air Terjun Sekayu, Kuala Berang RM50.00
K. Trg ke Muzium Negeri Terengganu, Losong RM15.00
K. Trg ke Masjid Terapung, K. Trg RM15.00
K. Trg ke Taman Tamadun Islam (TTI), K. Trg Rm20.00

Thursday, October 21, 2010

Panduan Perjalanan Ke Terengganu_Kapal Terbang


Syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan ke Terengganu:


SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS).

1) Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Masa: 1 Jam

7.05 pagi, 2.50 petang & 8.00 malam.

2) Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Masa: 55 Minit

8.40 pagi, 2.50 petang & 7.45 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
Lot L1L02, Tingkat Satu,
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6626600, 09-6221415

Tel: 1-300-88-3000, 03-78433000 (24 hours)
Laman Web: http://www.malaysiaairlines.com


AIRASIA.

1) Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Masa: 50 Minit

7.05 pagi & 8.05 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

AirAsia
Tel: 03 2171 9333, 600-85-9999
Laman Web: http://www.airasia.com

Lot No. 15 & 17, Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu.


FIREFLY.

1) Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Masa: 1 Jam

7.05 pagi, 2.50 petang & 8.00 malam.

2) Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Lapangan Terbang Kerteh, Kemaman.

Masa: 1 Jam

6.30 pagi & 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

FlyFirefly Sdn Bhd
Tel: 03-78454543
Laman Web: http://www.fireflyz.com.my


BERJAYA AIR.

1) Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya ke Pulau Redang, Terengganu.

Masa: 1 Jam

8.00 pagi & 2.10 petang.

2) Dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura ke Pulau Redang, Terengganu.

Masa: 1 Jam 15 Minit

11.05 pagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Berjaya Air Sdn. Bhd.
No. 16, Block H, Jalan PJU 1A/3,
Taipan Damansara 2, Parcel 2,
Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-78427300, 03-78427550
Faks: 03-78427330
Laman Web: https://www.berjaya-air.com/index.php
Emel: admin@berjaya-air.com

Berjaya Air Sdn. Bhd.
Terminal 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang, Selangor.
Tel: 03-78458382, 03-78458378
Faks: 03-78465637
Emel: reserve@berjaya-air.com

Berjaya Air Sdn. Bhd.
c/o Berjaya Hotels & Resorts (Reservations)
06-61 & 06-62, Tingkat 6, Berjaya Times Square,
No. 1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-21410088 ext. 103
Faks: 03-21458689

Berjaya Air Sdn. Bhd.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang, Selangor.
Tel: 03-78468228
Faks: 03-78465637

Berjaya Air Sdn. Bhd.
Lapangan Terbang STOL Redang,
20928 Pulau Redang, Terengganu.
Tel: 09-6302228
Faks: 09-6302229

Berjaya Air
c/o Berjaya Hotels and Resorts Pte Ltd,
67, Tanjong Pagar Road,
Singapore 088488.
Tel: 65-62273688
Fax: 65-62256166, 62254966
Email: reservation@berjaya.com.sg

Sha Aviation Services Pte Ltd
Block 313, Old Birdcage Walk,
#01-13, Seletar Airbase,
Singapore 798486.
Tel: 65-64816302
Fax: 65-64813112
Email : pegmtc@singnet.com.sg

Wednesday, October 20, 2010

Pengusaha Rumah Bot Di Tasik Kenyir


Houseboat atau Rumah Bot adalah sebuah bot bersaiz besar yang dilengkapi pelbagai kemudahan yang lengkap termasuk katil, dapur, bilik air, peti sejuk, ruang menonton televisyen, ruang tamu dan ruang makan yang pastinya membuatkan anda merasa selesa seperti berada di rumah sendiri.


Kebanyakkan Rumah Bot di Tasik Kenyir menawarkan harga mengikut pakej yang ditetapkan, dari seramai 4 hingga 20 orang untuk sebuah Rumah Bot. Harga yang ditetapkan bermula dari RM1000 hingga RM2500. Sila berunding dengan pengusaha Rumah Bot di Tasik Kenyir untuk pakej dan harga terkini. Bagi kaki pancing, jom pamerkan kehebatan anda memancing di Tasik Kenyir.


Antara pengusaha Rumah Bot di Tasik Kenyir:

En. Hassan-019-9843291
En. Hishamuddin-013-9928058
En. Md Rafi-013-9726276
En. Hamzah-013-9103841
En. Deris-019-9441187
En. Kamarul-013-9366012
En. Jalie-013-9830220
En. Ujang-012-9747995
EN. Bakar-019-9273371

Sila rujuk panduan perjalanan yang disediakan untuk ke Tasik Kenyir.

Saturday, October 16, 2010

Panduan Perjalanan Ke Terengganu_Kenderaan Sendiri

Memandu bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang melancong ke Negeri Terengganu adalah merupakan satu pengalaman menarik. Kehijauan hutan, air terjun, pemandangan indah di pantai dan keramahan penduduk Negeri Terengganu pasti meninggalkan suatu memori indah dalam hidup.


Dari Kuala Lumpur.

1) Laluan 1.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
(60 Km…Dari Kuala Lumpur ke Karak).
Lebuhraya Pantai Timur.
(169 Km…Dari Karak ke Kuantan, Pahang).
Jalan Kuantan-Kuala Terengganu.
(53 Km…Dari Kuantan ke Kemaman, Trg).
Jalan Kemaman-Kuala Terengganu.
(157 Km…Dari Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu).

2) Laluan 2.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
(60 Km…Dari Kuala Lumpur ke Karak).
Lebuhraya Pantai Timur.
(169 Km…Dari Karak ke Kuantan, Pahang).
Jalan Persekutuan Jabor-Jerangau.
(180 Km…Jabor-Jerangau-Ajil-Kuala Berang-Kuala Terengganu).


Dari Johor Bahru, Johor.

1) Jalan pesisir.

Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan-Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu.

2) Lebuhraya Utara Selatan.

i) Johor Bahru-Ayer Hitam-Kluang-Jemaluang-Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan-Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu.

ii) Johor Bahru-Yong Peng-Labis-Segamat-Bandar Muadzam Shah-Gambang-Kuantan/Pelabuhan Kuantan-Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu.


Dari Kuantan, Pahang.

1) Jalan pesisir.

Kuantan-Kemaman-Kerteh-Dungun-Marang-Kuala Terengganu.

2) Jalan Persekutuan Jabor-Jerangau.

Kuantan-Cheneh Baru-Jerangau-Ajil-Kuala Berang-Kuala Terengganu.



Dari Utara & Pantai Barat (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak).


Lebuhraya Butterworth-Kulim (Butterworth-Kulim-Baling-Gerik)-Lebuhraya Timur Barat (Gerik-Jeli)-Jeli-Tanah Merah-Machang-Pasir Puteh-Besut/Jerteh-Setiu-Kuala Terengganu.

Panduan Perjalanan Ke Terengganu_Keretapi


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ada menyediakan perkhidmatan keretapi ke Kelantan dari Gemas di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (KL Sentral) dan Singapura. Dari Tanah Merah, Kelantan, anda boleh menggunakan perkhidmatan Kereta Sewa/Teksi untuk ke Terengganu.


Jadual perjalanan:

Gemas, Negeri Sembilan - Tanah Merah, Kelantan.
Masa: 10.00 mlm – 8.00 pagi
Harga Tiket: RM25.00

Kuala Lumpur - Tanah Merah, Kelantan.
Masa: 8.30 mlm – 8.50 pagi
Harga Tiket: RM29.00

Singapura – Tanah Merah, Kelantan.
Masa: 6.00 ptg – 8.00 pagi
Harga Tiket: RM31.00


Perkhidmatan Teksi dari Tanah Merah, Kelantan ke Terengganu.

Stesen Kereta Sewa/Teksi Jajahan Tanah Merah,
17500 Tanah Merah, Kelantan.
Tel: 09-9556455

Tanah Merah, Kltn–Kuala Besut, Trg RM55.00
Tanah Merah, Kltn–Setiu, Trg RM80.00
Tanah Merah, Kltn–Kuala Terengganu, Trg RM120.00


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Laman Web: http://www.ktmb.com.my
Tel: 03-22671200, 1300-88-5862

Stesen Gemas 07-9482863
Stesen KL 03-22671200
Stesen Singapura 02-62225165
Stesen Tumpat 09-7257232
Stesen Wakaf Bharu 09-7196986
Stesen Pasir Mas 09-7909025
Stesen Gua Musang 09-9121226

Thursday, September 30, 2010

Tasik Kenyir


Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.


Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.


Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai.


Keunikan dan keindahan alam di Tasik Kenyir sentiasa menarik kehadiran pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Banyak lokasi menarik dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Dengan menaiki bot laju, seseorang itu memerlukan empat hingga lima hari untuk melawat sebahagian besar tempat-tempat menarik.


Dua pintu masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi dan Jenagor. Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong. Pelbagai urusan penempahan bot dan tempat penginapan boleh dibuat di Pengkalan Gawi.


Antara aktiviti dan tarikan utama di Tasik Kenyir:

Mengelilingi Tasik Kenyir

Bagi yang ingin mengelilingi Tasik Kenyir boleh berbuat demikian dengan menyewa bot dari Ketengah. Kadar sewa antara RM450 dan RM600.


Rumah Bot (Houseboat)


Houseboat atau Rumah Bot adalah sebuah bot bersaiz besar yang dilengkapi pelbagai kemudahan yang lengkap termasuk katil, dapur, bilik air, peti sejuk, ruang menonton televisyen, ruang tamu dan ruang makan yang pastinya membuatkan anda merasa selesa seperti berada di rumah sendiri.


Antara pengusaha Rumah Bot di Tasik Kenyir:

Kenyir Houseboat Rentals
En. Ujang
Tel: 012-9747995.
Laman Web: http://thederhakastudent.multiply.com
Emel: Malimpelita@hotmail.com

Perkhidmatan Bot Seri Gawi
En. Bakar Mamat
Tel: 019-9273371, 019-9488026, 013-9554009
Laman Web: http://www.serigawi.blogspot.com

Sri Gagau Houseboat
En Jalie, Cik Jalilah
Tel: 013-9830220, 013-3422500
Laman Web: http://www.srigagau.blogspot.com
Emel: srigagau@yahoo.com

Santuari Kelah Sungai Petang


Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak Perjalanan ke Pusat Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja.


Air Terjun

Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk lima yang popular di Tasik Kenyir iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.


Air Terjun Lasir terletak 16km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30-45 minit. Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun terkenal di Tasik Kenyir dengan ketinggian 500 kaki.


Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.


Air Terjun Tembat terletak di Sungai Tembat. Perjalanan ke lokasi Air Terjun Tembat dari Pengkalan Gawi mengambil masa 45 hingga 60 minit.


Gua Bewah & Gua Taat

Gua Bewah dan Gua Taat pula merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah. Para pengkaji sejarah telah menemui pelabagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra-sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak.


Gua Bewah merupakan gua batu kapur yang terkenal di Tasik Kenyir. Ia terletak 578 meter dari aras laut dan mempunyai bentuk dan formasi stalaktit dan stalagmit yang unik seperti bentuk burung dan manusia. Rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah telah meletakkan Tasik Kenyir antara lokasi bersejarah bukan sahaja kepada negara, malah di mata dunia.


Lokasi Gua Taat berdekatan dengan Gua Bewah. Perjalanan dari Pengkalan Gawi ke Gua Taat mengambil masa 45 minit. Seperti Gua Bewah, Gua Taat juga mempunyai bentuk dan formasi stalagmit yang unik.


Gunung Gagau

Kepada mereka yang gemar mendaki, Gunung Gagau amat istimewa kerana di atas puncak gunung anda akan dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.


Taman Herba Pulau Sah Kecil


Taman Herba di Pulau Sah Kecil ialah destinasi pelancongan popular di Tasik Kenyir. Jarak perjalanan dari Pengkalan Gawi ialah 7 km, iaitu kira-kira 15 minit dengan menaiki bot laju.


Taman Herba ini merupakan produk pelancongan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sejak tahun 1995 dengan meliputi kawasan seluas 15.84 hektar. Purata pelancong yang datang ke Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah seramai 20,000 orang dengan purata 2,000 orang pelancong sebulan.


Taman Herba ini mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba yang terdiri dari 230 jenis pokok. Objektif Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah sebagai destinasi pelancongan, pusat pendidikan dan pusat penyelidikan.

Merentas hutan

Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang.


Memancing

Tasik Kenyir menjadi lubuk pelbagai spesies ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang ada di sini ialah Ikan Toman, Baung, Sebarau, Kaloi, Kelah, Tapah, Lampam dan Kelisa. Umpan tertentu diperlukan untuk memancing di Tasik Kenyir seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama bahan-bahan tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya. Antara lokasi memancing popular di Tasik Kenyir ialah di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan Sungai Leban Terenggan.


Ternakan ikan dalam sangkar

Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk melihat ternakan ikan dalam sangkar, malah belajar dan menimba ilmu bagaimana ikan-ikan itu dibiak. Akuakultur Sungai Como ialah Kawasan Zon Eksklusif yang dikhaskan untuk ternakan ikan air tawar di Tasik Kenyir. Tasik terbesar buatan manusia ini mempunyai kawasan permukaan air seluas 36,900 hektar dengan jumlah 2,800 hektar diperuntukkan untuk aktiviti ternakan ikan dalam sangkar.


Taman Burung

Pelbagai spesies burung boleh didapati di sini dan berkonsepkan langit terbuka tanpa ada jaring atau bumbung. Namun, burung-burung ini tidak akan terbang jauh sebaliknya pengunjung berpeluang memberi makan burung-burung ini.

Bagi yang mencintai keindahan alam, aktiviti hutan dan acara lebih mencabar, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pegawai terlatih yang disediakan di Tasik Kenyir untuk melakukan bird watching iaitu mencari dan meneropong burung melalui bunyi untuk mengenali ciri-cirinya.

Pulau Tropika

Pelbagai spesies pokok buah-buahan yang hampir pupus sedang giat ditanam di pulau ini. termasuk Pokok Ceri Terengganu dan beberapa pokok lain yang sukar diperolehi di tempat lain.


Perkhemahan

Antara tapak perkhemahan popular di Tasik Kenyir:

Tapak perkhemahan Gunung Lawit
Tapak Perkhemahan Pulau Poh
Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi
Tapak Perkhemahan Lasir
Tapak Perkhemahan Saok
Tapak Perkhemahan Pulau Petang
Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah
Tapak perkhemahan Sg. Cicir/ Perpek

Sukan Air

Kegiatan sukan air sepert jet ski, kayak, kenu, bersampan dan berakit kini semakin popular di Tasik Kenyir


Lain-lain

Aktitivi kembara dengan memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf juga terdapat di Tasik Kenyir. Anda boleh menghubungi Pusat Penerangan Pelancong di Pengkalan Gawi untuk sebarang pertanyaan.

Penginapan

Tasik Kenyir turut menyediakan penginapan kepada pengunjung dengan harga berpatutan mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Dari jenis banglo, chalet, bilik dan dom, setiap penginapan menjanjikan kepuasan kepada pengunjung dan berbaloi dengan harga dibayar.


Senarai tempat penginapan di Daerah Hulu Terengganu:

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt. 23,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Emel: anggerik.impian@yahoo.com

Chalet Majlis Daerah
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6811466, 09-6811149, 09-6816043
Faks: 09-6232692

Homestay Kampung Buloh
Kampung Buloh,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9104186, 013-9040719, 013-9025402
Emel: isnaidee@gmail.com

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pejabat Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort & Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu.
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my

Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684

Jabatan Perhilitan
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542

Uncle John Resort
Berdekatan Air Terjun Lasir,
Terengganu.
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my

Warisan Pahlawan Resort
No. 22, Kg Pauh, Jalan Jenagor,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6817751, 019-6430355, 013-6075068


Bagaimana untuk ke Tasik Kenyir

Dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuh Raya Karak ke arah Kuantan. Kemudian anda perlu pilih samada untuk melalui Lebuh Raya Jerangau-Jabor di Wilayah Ketengah untuk sampai ke Ajil atau melalui jalan persisiran pantai Kemaman-Kerteh-Paka-Dungun-
Marang-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir. Sekiranya anda bercadang untuk ke sini dengan menaiki bas ekspres, terdapat pelbagai syarikat bas ekspres yang menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Anda perlu menaiki bas ekspres dari Hentian Putra. Dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Tasik Kenyir.


Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Lumpur-Kuala Terengganu atau anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Terengganu melalui Lebuh Raya Timur-Barat. Dari Kuala Terengganu anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Tasik Kenyir. Anda juga boleh memandu sendiri ke Tasik Kenyir dari Pulau Pinang.


Dari Johor, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Johor Bharu ke Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu anda boleh menggunakan perkhidmatan bas atau teksi untuk ke Tasik Kenyir. Sekiranya anda memandu sendiri, anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai dari Mersing-Pekan-Kuantan-Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu-
Kuala Berang-Tasik Kenyir atau anda juga boleh menggunakan Lebuh Raya Muadzam Shah untuk ke Kemaman. Dari Kemaman anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir.


Syarikat Penerbangan Malaysia dan Air Asia juga ada menyediakan penerbangan ke Kuala Terengganu. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Tasik Kenyir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Penerangan Pelancong
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
Tel: 09-6267788, 09-6668498
Faks: 09-6667657, 09-6668979


Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir,
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH),
Bandar Al-Muktafi Billah Shah,
23400 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8223100 samb. 103
Faks: 09-8223104 samb. 106
Laman Web: http://www.ketengah.gov.my/kenyir
Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Popular Posts