-->
Booking.com
Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1976 ini merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Muzium Negeri Terengganu dibina di atas tapak seluas 27 Hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Terengganu ke Muzium Negeri Terengganu ialah 6 Km.


Muzium Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 20 April 1996 (2 Zulhijjah 1416). Ia terdiri dari empat buah blok bangunan Muzium Utama, Muzium Maritim, lima buah Rumah Tradisional serta kawasan landskap.


Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian. Di Muzium Maritim pula terdapat dua galeri iaitu Galeri Perikanan & Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.


Konsep rekabentuk Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah. Pada asasnya ada tiga pertimbangan utama untuk dibuat di dalam merealisasikan rekabentuk bangunan utama Kompleks Muzium Negeri Terengganu.


Pertama, ia berkaitan dengan imej ataupun rupabentuk bangunan. Pada peringkat awal, objektif rupabentuk adalah lebih menjurus kepada cita-cita untuk mewujudkan sebuah bangunan yang dapat menggambarkan senibina melayu tempatan. Untuk maksud tersebut, maka rekabentuk Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi telah dipilih.


Ciri utama rekabentuk senibina ialah 'fascia' hadapannya yang dikenali sebagai pemeleh dan dinding panel berukir. Bangunan ini juga direkabentuk untuk memberikan gambaran seakan-akan ia berdiri di atas tiang dengan ruang masuk melalui tangga yang terangkat seperti rumah tradisional di kampung-kampung. Bahan serta ukiran kayu yang diselitkan bertujuan untuk menambahkan aspek keaslian serta estatiknya.


Kedua, perancangan susun atur ruang yang diputuskan di dalam aspek pembinaan bangunan utama ini mengandungi 4 blok yang bersambung dengan ruang ‘communal’ yang berfungsi sebagai laman pameran. Rangkaian bangunan yang bersambung ini mengambarkan satu keluarga yang besar yang berakar umbi daripada keluarga asas iaitu blok utama dan apabila jumlah isi keluarga berkembang maka wujudlah bangunan yang baru iaitu rangkaian blok-blok lain.


Daripada aspek kekeluargaan, ia menampakkan suasana akrab dan rapat di antara ahli keluarga. Jambatan perhubungan di antara blok utama dengan blok yang lain menggambarkan bahawa hubungan di antara ibubapa dan anak serta ahli keluarga sentiasa terjalin dengan erat.


Susun atur ruang sedemikian juga diharap akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati sistem laluan yang menarik dan selesa di mana mereka boleh bergerak dari satu blok ke satu blok yang lain. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati dua keadaan yang berbeza, di mana semasa berada di dalam bangunan, pengunjung akan menikmati suasana yang agak ‘mekanikal’ manakala semasa berada di jambatan penghubung, pengunjung menikmati suasana luaran yang begitu ‘natural’ dan nyaman.


Ketiga, bangunan ini juga dibina menghadap sungai di dalam paksi Timur Barat. Konsep ini dilaksanakan berasaskan pengangkutan tradisi yang menggunakan jalan air. Dengan ini, diharapkan pengunjung berpeluang untuk datang ke Muzium dengan menggunakan jalan air. Untuk lebih efisyen, sebuah jeti yang boleh dijadikan pengkalan oleh para pengunjung juga telah dibina.


Sebuah lagun buatan juga telah dibina sebagai kolam bayangan berhampiran dengan tebing sungai. Kewujudan kolam bayangan ini akan dapat mengurangkan konsep ukuran bangunan kepada konsep yang lebih berteraskan ukuran kemanusiaan.


Bayaran masuk ke Muzium Negeri Terengganu ini ialah RM5.00 bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak. Muzium Negeri Terengganu dibuka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu hingga Khamis. Pada hari Jumaat, Muzium dibuka dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari dan 3.00 petang hingga 5.00 petang. Muzium Negeri Terengganu juga dibuka pada Hari Kelepasan Am dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Batu Bersurat


SEJARAH MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Dari segi sejarah, hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri Terengganu mula terbit sejak tahun 1920an. Ketiadaan tempat untuk menyimpan Batu Bersurat telah menyedarkan Kerajaan Negeri Terengganu pada masa tersebut untuk mempunyai Muzium Negeri sendiri.

Ekoran dari peristiwa itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tiada pilihan selain memperkenankan Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Menteri Besar Terengganu pada masa itu Dato’ Haji Ngah Mohd Bin Yusof telah bersetuju dengan surat jawapan daripada Penasihat British yang berbunyi:

" Maka apakala diadakan muzium di dalam Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya ".

Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Terengganu, Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Idris telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin Atan dan Haji Wan Endut Bin Othman bertujuan mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Usaha jawatankuasa ini terbantut akibat dari masalah kewangan dan peruntukan undang-undang.

Pada 14 januari 1960, Y.B. Dato’ Andika Indera, Encik Ishak Bin Mohd Isa iaitu Setiausaha Kerajaan Terengganu telah membuat satu perjumpaan dan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Barang Lama dan Sejarah Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Allahyarham Dato’ Setia Jasa Dato’ Haji Mohd Saleh Bin Haji Awang pula memegang jawatan setiausaha.

Serentak dengan itu, peruntukan diwujudkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membeli barang dan koleksi warisan sejarah serta budaya negeri Terengganu. Kerja-kerja pengumpulan barang dan koleksi bermula pada Julai 1960 dan ianya telah ditempatkan di dalam almari di satu sudut khas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jalan Cherung Lanjut, Kuala Terengganu.

Hasrat untuk mempunyai muzium sendiri semakin mendapat perhatian dan sokongan Kerajaan Negeri Terengganu. Pada 3 Febuari 1974, jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Wira Jaya, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu. Dengan pembentukan jawatankuasa ini, hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri mula menampakkan bibit-bibit kejayaan khususnya apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu (Enakmen Bil 9/ 1976).

Pentadbiran Muzium Negeri Terengganu terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, kerja-kerja pengumpulan barang-barang lama dan bersejarah diteruskan dengan lebih giat. Dua orang tokoh yang memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan dan kemajuan Muzium Negeri Terengganu ialah Allahyarham Dato’ Setia Jasa Dato’ Hj. Mohd Saleh Bin Awang dan Tuan Haji Othman Bin Haji Ali.

Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Jawatan ini telah ditukar kepada jawatan Pengarah pada tahun 1995. Pada April 1994, Segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.

Bagaimana untuk ke Muzium Negeri Terengganu


Anda boleh menaiki bot yang boleh disewa di Jeti Shahbandar, berhadapan Pejabat Pos Besar dan Istana Maziah. Anda juga boleh menaiki bas awam ke Muzium/Losong yang hanya mengambil masa selama kira-kira 15 minit dari Hentian Bas MBKT. Dari Hentian Teksi Kuala Terengganu, perjalanan ke Muzium Negeri Terengganu hanya mengambil masa kira-kira 10 minit. Sekiranya anda menggunakan kenderaan sendiri, anda perlu mencari laluan/jalan untuk ke Kampung Losong yang terkenal dengan Keropok Lekor.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lembaga Muzium Negeri Terengganu
Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6221444
Faks: 09-6231209
Laman Web: http://www.muzium.terengganu.gov.my
Emel: pengarah@muzium.terengganu.gov.my

Wednesday, September 29, 2010

Keropok Lekor Kg. Losong


Kampung Losong di Kuala Terengganu amat terkenal di seluruh negara kerana Keropok Lekor. Keropok Lekor merupakan makanan tradisional popular di Negeri Terengganu. Perusahaan Keropok Lekor di Kampung Losong ini diiktiraf sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu.


Selepas 30 tahun Perusahaan Keropok Lekor Kampung Losong ini diusahakan, kira-kira 20 peniaga di sini bersepakat menubuhkan Persatuan Pengusaha Keropok Lekor Losong (PKLL) sebagai satu usaha untuk memastikan para pelanggan terus menjadikan Keropok Lekor Kampung Losong sebagai pilihan utama seterusnya meningkatkan jualan mereka. Apabila tiba musim cuti, setiap kedai keropok di Kampung Losong menjual sehingga 500 kg Keropok Lekor dalam sehari.


Keropok Lekor Kampung Losong dikenali ramai kerana bentuknya yang kecil iaitu sepanjang 12.7 cm. Bentuknya inilah yang membezakan Keropok Lekor Kampung Losong dengan yang lain.


Kampung Losong terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu. Lokasi kampung ini yang berdekatan dengan Bandar Kuala Terengganu, Taman Tamadun Islam (TTI) dan Muzium Negeri Terengganu, menjadikan Keropok Lekor Kampung Losong ini semakin dikenali ramai.


Senarai Pengusaha Keropok Lekor Kg. Losong

Abkar Enterprise
No. 171-B, Kg. Losong Haji Su,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6315363, 019-9848811

Adnan Enterprise
171, Kg.Losong Haji Su ,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6241637

Aida Harun Keropok Lekor
Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 012-9848595

Kedai Kita (Pak Cik Din)
Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6261215, 013-9291215

Keropok Losong Adik Beradik
171-A, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6313884

Keropok Losong Norai
175-C, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6226189, 019-9571366, 019-9796174

Khadijah Binti Awang
170-A, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6237754

KML Food Enterprise
101-B, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6247448, 019-9193609

KY Food Industries (M) Sdn.Bhd
140, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6225020, 013-9381258

Mariam @ Ngah Binti Awang
173, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 013-9185682

Pak Su Keropok Losong
26-F, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6228693, 012-9006667

Rohayati Keropok Losong
176, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6125385

Salma Adik-Beradik
171-A, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6313884

Wan Mohd Ariffin Ismail
171-B, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6220906

Warisan Keropok Enterprise
94-E, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6251414, 012-9611114

Zan Keropok Losong
173, Kg. Losong Haji Su,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 012-9848735

Monday, September 27, 2010

Kompleks Kraf Noor Arfa


Kompleks Kraf Noor Arfa dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Jun.2008. Kompleks Kraf Noor Arfa yang berharga RM 7 juta ini mula dibuka pada 1 Januari 2008 di kawasan seluas 2.5 hektar. Kompleks ini dibina dengan bercirikan Rumah Tradisional Terengganu dan kehalusan seni ukiran tradisional berbentuk bunga di setiap hujung bumbung bangunannya.


Noor Arfa kini berjaya menghasilkan kira-kira 200 produk berjenama sendiri yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Noor Arfa juga mencipta sejarah apabila tercatat di dalam Malaysian Book of Record sebagai pengeluar batik komersial yang terbesar di negara ini.


Selain Kompeks Kraf dan kilang sendiri di Cendering, Noor Arfa turut mempunyai enam buah cawangan jualan iaitu di Shah Alam, Melaka, Alor Star, Kemaman, Pahang dan Pulau Pinang serta empat francais di Petaling Jaya, Perak, Kuala Lumpur dan Sabah. Noor Arfa turut mempunyai butik di London, Los Angeles dan Miami.


Selain membeli pelbagai barang kraf, pelancong yang berkunjung ke kompleks ini akan dapat melihat sendiri penghasilan produk-produk tersebut. Para pengusaha kraf seperti batik, songket, anyaman, ukiran kayu yang berminat untuk memasarkan produk mereka juga dipelawa untuk beroperasi di kompleks ini.


Pembinaan Kompleks Kraf Noor Arfa ini bukan sahaja mampu memajukan industri kraf negara malah dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke Negeri Terengganu.

Sejarah Noor Arfa Batek

Noor Arfa Batek ditubuhkan pada tahun 1980 di Terengganu selepas beberapa tahun membuka sebuah bengkel kecil di belakang rumah dengan modal RM1000 dan tenaga kerja seramai dua orang. Nama Noor Arfa Batek ialah hasil singkatan nama Noor Hijerah dan suaminya Wan Mohd. Ariffin Wan Long.

Noor Hijerah yang berasal dari Langgar, Kedah pernah mengikuti kursus kraftangan dan batik di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM) cawangan Kota Bharu, Kelantan pada akhir tahun 1970-an. Ketika itulah beliau bertemu dengan suaminya yang merupakan tenaga pengajar di LKKM. Noor Hijerah bertugas di LKKM selama hampir 6 bulan sebelum membuka perniagaan batik hasil dorongan dari suaminya.

Pada peringkat awal perniagaan yang diusahakan dari rumah, beliau mencanting dan membuat sendiri frame sehinggalah ia mula dikenali ramai. Produk awal Noor Arfa Batek ialah Kaftan Batik. Pada masa itu ramai pengusaha lain memasarkan Batik Sarung, Batik Cop dan Batik Terap. Harga Batik Lukis yang mahal menyebabkan ianya hanya dijual di Kuala Lumpur dan dibeli oleh orang kenamaan. Beliau menjaja sendiri produk syarikat biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Berkat kesabaran dan ketabahan dalam perniagaan, beliau dan suami berjaya sehingga muncul pengeluar dan pembekal batik terbesar negara. Hasil kejayaan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Records.


Alamat:

Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC)
Lot 4153, Kawasan Perindustrian Cendering,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6179700
Faks: 09-6179701
Laman Web: http://www.noor-arfa.com.my
Emel: nacc@noor-arfa.com.my
Waktu Operasi: 9.00 am-10.00 pm

Sunday, September 26, 2010

Permint Suterasemai


Permint Suterasemai Sdn Bhd. (PSSB) ialah anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Terletak kira-kira 6 km ke selatan Kuala Terengganu. Perjalanan dari pusat bandar ke Pusat Sutera Semai di Chendering ini mengambil masa hanya 5 minit.


Permint Suterasemai Sdn Bhd (PSSB) mula beroperasi sejak 26 tahun dulu dengan tumpuan utamanya landskap, semaian, sutera batik, sutera tenun tangan dan pengurusan ladang. Kini Permint Suterasemai lebih dikenali dengan penghasilan sutera batik dan sutera tenun tangan terbaik di Malaysia


Pengunjung yang berkunjung ke sini boleh melihat bagaimana cara menenun sutera dan melukis batik. Terdapat juga bilik pameran dan jualan yang mempamer dan menjual produk berasaskan sutera di sini.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Permint Suterasemai Sdn Bhd
Kawasan Perindustrian Chendering,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6171355
Faks: 09-6171791

Friday, September 24, 2010

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) terletak di Chendering, lebih kurang 6 km dari Bandar Kuala Terengganu. Pusat kraftangan ini memberi pelbagai pilihan barangan kraftangan serta cara penghasilan dan pembuatan.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) ini pada awal penubuhannya dikenali dengan nama Pusat Kemahiran Pertukangan MARA (PKPT Mara). PKPT Mara ditubuhkan pada tahun 1973 di Kuala Terengganu. Pada tahun 1976, PKPT Mara telah bertukar nama menjadi Lembaga Kraftangan Malaysia.

Dalam tahun 1990, Unit Pentadbiran & Kewangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Terengganu telah berpindah ke kompleks milik PKKM sendiri iaitu di Kawasan Perindustrian Chendering. Pembinaan kompleks kraftangan ini bermula pada tahun 1989 di atas tapak seluas 4 ekar dengan kos RM 2.42 juta.

Pada tahun 1996, PKKM telah mengorak dasar baru dengan melaksanakan dasar penswastaan melalui penubuhan Strategic Business Unit (SBU) bagi penumpuan kepada keluaran dan pasaran produk kraf. Pada tahun 2000, peranan asal PKKM digerakkan semula dengan nama diubah kepada Pusat Pembangunan Kraf (PPK). Pada 18 April 2005, PKKM Cawangan Terengganu diiktiraf sebagai Pusat Inovasi Kraf Tenunan Malaysia.

Produk kraftangan yang dihasilkan diperbuat dari tekstil, logam, hasil rimba dan seramik.

Tekstil










Logam










Hasil Rimba










Seramik










Antara aktiviti utama di PKKM ialah:

Penyelidikan & Pembangunan
• Pembangunan Rekaan – Rekaan & Prototaip Produk
• Kajian Teknologi
• Pembangunan Standard – Khidmat Piawaian Kraf Malaysia - Kawalan Mutu
• Kajian Bahan

Pemasaran & Promosi

• Promosi Jualan Peringkat Negeri

Pemuliharaan Kraf
• Pemuliharaan – Pendidikan Kraf / Interaktif Kraf
• Pemeliharaan – Galeri

Pembangunan Usahawan Kraf

• Pembangunan Usahawan Kraf
• Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
• Pembangunan Dan Promosi Batik Dan Tenun
• Pembangunan Perusahaan Kapal Layar & Bot Tradisional
• Pembangunan Industri Tembaga


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Terengganu)
Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering,
Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09–6171033, 6171034, 6175239
Faks: 09–6172381
E-mel: pkterengganu@kraftangan.gov.my

Popular Posts