-->
Booking.com
Showing posts with label Kemaman. Show all posts
Showing posts with label Kemaman. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Pantai Teluk Mak Nik@D'Monica Bay


Pantai Teluk Mak Nik terletak kira-kira 150 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Lokasi Pantai Teluk Mak Nik ini ialah di Geliga, Kemaman dan berhampiran dengan Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN). Dari Bandar Chukai, perjalanan hanya mengambil masa 5-10 minit untuk ke sini.


Pantai Teluk Mak Nik sentiasa sesak dengan kehadiran pengunjung terutama pada hujung minggu atau musim cuti persekolahan. Pantai Teluk Mak Nik menjadi sangat popular selepas terpilih sebagai salah satu lokasi penganjuran acara Sukma 2008.


Pelbagai aktiviti yang menarik juga sering diadakan di Pantai Teluk Mak Nik. Pantai yang turut dikenali penduduk tempatan sebagai 'D'Monica Bay' itu merupakan lokasi penganjuran beberapa acara dan majlis oleh agensi kerajaan dan swasta.


Antara aktiviti yang selalu dianjurkan di sini ialah hari keluarga, pertandingan bola sepak pantai dan bola tampar pantai selain pertandingan memancing. Gelanggang Bolasepak dan Bola Tampar yang dibina semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2008 juga ada di Pantai Teluk Mak Nik. Peminat Futsal juga boleh mempamerkan kelincahan di gelanggang Futsal yang ada di pantai ini.


Kelab Motocross juga sering melakukan latihan dan persembahan di pantai ini yang menyebabkan orang ramai tertarik untuk ke sini. Bagi yang berminat dengan aktiviti sukan permotoran, anda boleh mencuba kehebatan dan ketangkasan anda di lapangan motorcross.


Pantai Teluk Mak Nik juga merupakan lokasi tumpuan penyu bertelur yang biasanya bermula dari Mac hingga Oktober. Spesies yang biasa naik ke Pantai Teluk Mak Nik ialah Penyu Agar atau dikenali 'Green Turtle'.


Antara kemudahan awam lain yang terdapat di Pantai Teluk Mak Nik ini ialah wakaf, kiosk perniagaan, tandas awam dan taman permainan kanak-kanak.


Bagi pengunjung, keindahan dan kedamaian di Pantai Teluk Mak Nik menjadi faktor utama ia menjadi pantai pilihan untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan biarpun pada musim tengkujuh. Sekiranya anda berkunjung ke Pantai Teluk Mak Nik, jangan lupa untuk mencuba makanan popular di sini iaitu Otok-otok, Sata dan Keropok.

Bagaimana untuk ke Pantai Teluk Mak Nik


Dari Bandar Chukai, pandu kenderaan ke arah Kuantan. Kira-kira 5-10 minit perjalanan, apabila tiba di Hentian Bas Ekspress / Masjid Geliga, belok ke kiri dan teruskan perjalanan sehingga anda menemui Pantai Teluk Mak Nik.

Pantai Kemasik


Pantai Kemasik di Daerah Kemaman terletak 19 km dari Bandar Chukai di Kemaman iaitu kira-kira 20 minit perjalanan. Pemandangan yang indah, pantai yang bersih, air yang jernih, pasir berwarna keemasan dan bukit berbatu menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang ke Pantai Kemasik.


Pantai Kemasik sering menjadi tumpuan penduduk tempatan terutama pada hujung minggu dan hari kelepasan. Berhampiran Pantai Kemasik juga terdapat sebuah perkampungan nelayan. Kepada yang meminati bidang fotografi, Pantai Kemasik menawarkan keindahan tersendiri yang sukar ditemui di pantai lain.


Di pantai ini juga terdapat beberapai gerai berhampiran untuk kemudahan pengunjung yang datang ke Pantai Kemasik. Tandas Awam dan tempat letak kereta juga dibina di Pantai Kemasik.


Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Kemasik ialah berkelah, mengambil gambar, mandi-manda, berjoging, berjalan-jalan, bermain bolasepak pantai dan bola tampar.




Bagaimana untuk Ke Pantai Kemasik


Jika anda datang dari Kuala Terengganu, anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Pantai Kemasik. Jarak perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu ke Kemasik ialah 137 km, kira-kira 2 jam perjalanan. Dari Kuala Terengganu, anda akan melalui Marang-Dungun-Paka-Kerteh-Kemasik.


Sekiranya anda dari Kuantan, anda perlu menuju ke Bandar Chukai di Kemaman. Dari Kemaman, anda perlu mengikut jalan persisiran pantai Chukai-Kijal-Kemasik.

Wednesday, September 29, 2010

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman


Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ialah zoo pertama di Terengganu dan dibuka secara rasmi pada 11 April 2009. Taman ini terletak di kawasan seluas 54 hektar, di Kampung Ibok, kira-kira 14 km dari Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu. Ia merupakan gabungan kawasan pameran spesies haiwan, Taman Rekreasi Air, Taman Tema, Taman Buah-buahan, Taman Herba, Taman Tumbuhan Tropikal, Taman Orkid, Taman Bonsai dan habitat semula jadi Kunang-Kunang terbesar di Terengganu.


Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbaru di Terengganu. Antara tarikan utama di Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini ialah Taman Tema, Jambatan Gantung, Taman Orkid, Dusun Buah-Buahan, Menara Tinjau, Air Tejun, Akuarium, Taman Herba, menunggang Gajah, menaiki tren mengelilingi zoo dan melihat pelbagai spesies burung.

Dua buah bas disediakan di destinasi yang telah ditetapkan untuk membawa orang ramai ke Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman. Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan, terdapat dua laluan iaitu dari Awana Kijal-Pekan Kijal-Kampung Payoh-Ibok dan Stesen Bas Chukai-Kemaman Centre Point-Telekom. Bas bertolak pada pukul 12.00 tengahari dan 4.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 09-8520044


Kunang-Kunang Di Sg. Yak Yah


Peta Lokasi

Tuesday, September 28, 2010

Hutan Lipur Air Menderu

Hutan Lipur Air Menderu terletak di Hutan Simpan Rasau Kerteh di Kampung Chabang, kira-kira 10 km dari Bandar Kerteh, Kemaman. Jarak Hutan Lipur Air Menderu dari Bandar Chukai, Kemaman ialah kira-kira 53 km.


Kawasan hutan lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna serta dapat dilihat melalui denai hutan di sini. Antara kemudahan yang terdapat di Hutan Lipur Air Menderu ini ialah pondok rehat, tandas awam, lorong pejalan kaki, bekalan air dan tapak perkhemahan.


Hutan Lipur Air Menderu ini mempunyai tarikan tersendiri. Pengunjung yang berkunjung biasanya akan mandi-manda di anak sungai yang terdapat di Hutan Lipur Air Menderu ini.


Antara aktiviti yang sering dilakukan pengunjung di Hutan Lipur Air Menderu ialah mandi-manda, berkelah, berkhemah, merentas hutan dan memerhati kehidupan liar. Selain dari itu, pengunjung juga berpeluang melawat Taman Botani yang di bawah jagaan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan.

Bagaimana untuk ke Hutan Lipur Air Menderu


Peta Lokasi


Peta Terengganu


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan
23000 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8441404

Pantai Penunjuk


Pantai Penunjuk di Kijal ini sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu dan hari cuti. Kijal merupakan sebuah pekan kecil yang terletak 32km dari Bandar Chukai, Kemaman.


Selain dari perkampungan nelayan, Pantai Penunjuk di Kijal juga merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Daerah Kemaman. Suasana yang tenang dan pemandangan indah menjadikan Pantai Penunjuk destinasi percutian dan persinggahan popular di Kijal. Pelbagai kemudahan disediakan di Pantai Penunjuk seperti Wakaf dan juga Taman Permainan Kanak-kanak.


Sekiranya anda berkunjung ke sini, nikmatilah makanan tradisi Lemang yang amat terkenal di Terengganu. Lemang dihasilkan dari beras pulut dan santan yang dimasukkan dalam ruas buluh. Kemudian dilapik dengan daun pisang sebelum dimasak. Selain Lemang, anda juga berpeluang merasai keenakan durian jika datang berkunjung pada musim durian.

Monday, August 16, 2010

Pantai Telaga Simpul


Lokasi Pantai Telaga Simpul ialah di Teluk Kalong dalam Daerah Kemaman, Terengganu. Pantai Telaga Simpul terletak 15 km dari Bandar Chukai, iaitu kira-kira 15 minit perjalanan. Ia merupakan satu lagi destinasi pelancongan menarik di Kemaman.


Pantai Telaga Simpul sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hari minggu dan hari kelepasan. Pantai yang cantik, pemandangan indah dan suasana redup di Pantai Telaga Simpul memberi ketenangan kepada pengunjung yang berkunjung ke sini.


Aktiviti yang menjadi pilihan pengunjung di Pantai Telaga Simpul ialah berkelah, berehat dan beriadah. Antara kemudahan yang terdapat di Pantai Telaga Simpul ini ialah wakaf, taman permainan, gerai makan, kiosk perniagaan, tandas awam, tong sampah dan surau. Sekiranya anda di Daerah Kemaman, berkunjunglah ke Pantai Telaga Simpul.



Sunday, June 20, 2010

Senarai Hotel & Tempat Penginapan Di Kemaman

Awana Kijal Apartment
No. 4A, Persiaran Bunga Melor,
Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun,
24100 Kijal,
Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8649612
Faks: 09-8649655

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort
KM28, Jln. Dungun-Kemaman,
24000 Kijal,
Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8641188
Faks: 09-8641688
Laman Web: http://www.awana.com.my
Emel: awanakij@tm.net.my

Cheneh Recreation & Resort
Bandar Cheneh Baru,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8730540
Faks: 09-8730542

Cottage Inn Homestay
1561, Tmn Chempaka 1, Geliga Besar,
Jalan Kemaman-Kuantan,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 012-4051189
Emel: nadiamz@ymail.com

Gold Star Hotel
K 99, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8582880

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

JR Apartment
Apartment 2A2/1D,
Bandar Baru Kerteh,
24300 Kerteh,
Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8263188, 09-8265188
Faks: 09-8262661

Kerteh Lodge
Blok 2-4, Bandar Baru Kerteh,
24300 Kerteh,
Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8264307, 09-8265307
Faks: 09-8263452

Marina Hotel
K 307–308, Jalan Che Teng,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8591241, 016-9508387
Faks: 09-8593857

Marjan Hotel
PT 14633, Jalan Lebai Saras KCP,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8586767
Faks: 09-8585225

Murni Hotel
K-312, Jalan Che Teng,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8592366, 09-8592386
Faks: 09-8591842

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Serasi Inn Kerteh
K8813, 2nd Floor, Bgn. Mpk Kerteh,
Jln Besar,
24300 Kerteh, Terengganu.
Tel: 09-8266627

Shafura Hotel
Blok 2-4, Bandar Baru Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8583451
Faks: 09-8583451

Strawberry Kijal Resort Apartments
Lot 2865, Teluk Senajang,
Mukim Kijal,
24100 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8623402, 09-8623403
Faks: 09-8623402, 09-8623403

Tiara Hotel
K 323,355, 1st-3rd Floor,
Jalan Kg. Tengah,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8591802, 09-8592236
Faks: 09-8597720

Ummi Homestay
No 2664, Tmn. Ros Merah,
Kg. Bt. 4 Binjai,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 017-9318007

Wawasan @ Wali Hotel
K 151 Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-8594628
Faks: 09-8591278

Saturday, June 12, 2010

Sejarah Asal Daerah Kemaman

Berdasarkan kepada peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (Ahli Kaji Bintang dan Ilmu Alam Greek dari Mesir), Kemaman sudah mula dikenali sejak kurun ke-2 sebelum masihi dengan nama “KOLE”. Beliau ada mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur iaitu “ Perimula” dan “Kole”. Ahli Sejarah bersetuju bahawa “Perimula” adalah Kuala Sungai Terengganu manakala “Kole” pula adalah Kemaman.

Sejarah pembukaan Daerah Kemaman agak kabur ekoran tidak ada catatan bertulis dan bukti-bukti sahih mengenainya. Catatan bertulis yang ada mengaitkan pembukaan Daerah Kemaman dengan Bangsawan Patani yang dikenali sebagai Lebai Saris.

Bagaimanapun, versi ini mencatatkan peristiwa awal abad 19 iaitu semasa Terengganu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Syah I (1808-1830). Namun ahli & pakar sejarah bersetuju bahawa daerah ini mula diterokai kira-kira 300 tahun dahulu (Sekitar tahun 1700) oleh Che Wan Teh dan pengikut-pengikutnya.


Che Wan Teh berketurunan Bangsawan Pahang telah berhijrah ke daerah ini dari Kuala Pahang berikutan kekacauan dan huru-hara yang sering berlaku di sana. Beliau telah membuka penempatan di kawasan pantai dan kampung pertama yang mula diterokai ialah Kampung Bukit Kuang. Sebelum kedatangan orang Melayu, kawasan ini mulanya didiami oleh kaum Sakai yang kemudiannya berpindah ke kawasan pendalaman Kemaman.


Setelah beberapa lama berkampung di Bukit Kuang, Che Wan Teh telah berpindah membuka perkampungan baru berhampiran Muara Sungai Kemaman dikenali Tanjung Geliga. Penempatan baru ini juga tidak selamat kerana sering diganggu oleh ancaman lanun dan perompak. Oleh itu, Che Wan Teh dan pengikutnya sekali lagi berpindah dan meneroka kawasan baru di tebing Sungai Kemaman yang dikenali sebagai Cukai (3 km dari Tanjung Geliga).

Sebuah perkuburan lama di temui di kawasan berkenaan. Che Wan Teh dikatakan meninggal dunia tidak lama selepas membuka Kampung Cukai. Pengikut-pengikutnya serta generasi selepas beliau kemudiannya meneruskan penerokaan kawasan-kawasan baru berikutan pertambahan penduduk dan keperluan tanah pertanian yang baru.

Pembukaan Daerah Kemaman juga dikaitkan dengan Bangsawan Pattani yang dikenali sebagai Lebai Saris pada awal abad ke-19 semasa Terengganu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808-1830).

Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan "Kemaman" iaitu gabungan perkataan-perkataan "Kera" dan "Pokok Maman". Ketika Lebai Saris dan pengikutnya meneroka kawasan penempatan di Kampung Nyor, mereka terserempak dengan sekumpulan Kera yang berani dan cerdik.

Mengikut cerita, Kera ini dianggap keramat dan dinamakan Kera Maman oleh Lebai Saras. Selain menamakan kawasan tersebut sebagai Kera Maman, mereka juga turut membuat keputusan untuk terus menetap di situ. Namun, penduduk tempatan merasa sukar untuk menyebut nama Kera Maman yang terlalu panjang, lalu menukarkannya kepada Kemaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor. Penduduk Daerah Kemaman telah bertambah dan kekuasaan Lebai Saris semakin teserlah.

Berikutan itu, timbul fitnah menyatakan Lebai Saris tidak mahu lagi tunduk kepada Yang DiPertuan Terengganu. Oleh itu Sultan Ahmad telah menghantar Engku Kembal untuk melawan kekuatan Lebai Saris yang di ketuai oleh anaknya Abu Bakar. Dengan tipu muslihat, Engku Kembal telah berjaya menewaskan Lebai Saris dan anaknya. Kedua-dua mereka dianggap penderhaka dan di hukum sula dengan Suda Nipah.

Friday, June 4, 2010

Kemaman


Daerah Kemaman mempunyai keluasan 253,559.9 hektar, yang ketiga terbesar selepas Hulu Terengganu (387,462.6 hektar) dan Dungun (273,503.1 hektar). Daerah Kemaman terletak di selatan Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Pahang dan Daerah Dungun.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim iaitu Cukai, Banggol, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kertih, Binjai, Pasir Semut, Tebak Hulu Cukai, Bandi dan Hulu Jabur. Chukai atau Cukai merupakan bandar dan pusat pentadbiran Daerah Kemaman.

Kemaman sudah mula dikenali sejak kurun ke-2 sebelum masihi dengan nama “KOLE”. Peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (Ahli Kaji Bintang dan Ilmu Alam Greek) mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur iaitu “ Perimula” dan “Kole”. Ahli Sejarah sependapat bersetuju bahawa “Perimula” adalah Kuala Sungai Terengganu manakala “Kole” pula adalah Kemaman.

Popular Posts