-->
Booking.com

Wednesday, September 29, 2010

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman


Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ialah zoo pertama di Terengganu dan dibuka secara rasmi pada 11 April 2009. Taman ini terletak di kawasan seluas 54 hektar, di Kampung Ibok, kira-kira 14 km dari Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu. Ia merupakan gabungan kawasan pameran spesies haiwan, Taman Rekreasi Air, Taman Tema, Taman Buah-buahan, Taman Herba, Taman Tumbuhan Tropikal, Taman Orkid, Taman Bonsai dan habitat semula jadi Kunang-Kunang terbesar di Terengganu.


Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbaru di Terengganu. Antara tarikan utama di Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini ialah Taman Tema, Jambatan Gantung, Taman Orkid, Dusun Buah-Buahan, Menara Tinjau, Air Tejun, Akuarium, Taman Herba, menunggang Gajah, menaiki tren mengelilingi zoo dan melihat pelbagai spesies burung.

Dua buah bas disediakan di destinasi yang telah ditetapkan untuk membawa orang ramai ke Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman. Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan, terdapat dua laluan iaitu dari Awana Kijal-Pekan Kijal-Kampung Payoh-Ibok dan Stesen Bas Chukai-Kemaman Centre Point-Telekom. Bas bertolak pada pukul 12.00 tengahari dan 4.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 09-8520044


Kunang-Kunang Di Sg. Yak Yah


Peta Lokasi

1 comment:

  1. mcm mana nak ke sana?
    kalau kami nak buat voluntary work bole x?
    di mana penginapan yang paling dekat dengan mini zoo ni?
    nak contact number mini zoo?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts