-->
Booking.com

Monday, September 27, 2010

Taman Herba Tasik Kenyir


Taman Herba di Pulau Sah Kecil ialah destinasi pelancongan popular di Tasik Kenyir. Jarak perjalanan dari Pengkalan Gawi ialah 7 km, iaitu kira-kira 15 minit dengan menaiki bot laju.


Taman Herba ini merupakan produk pelancongan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sejak tahun 1995 dengan meliputi kawasan seluas 15.84 hektar. Purata pelancong yang datang ke Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah seramai 20,000 orang dengan purata 2,000 orang pelancong sebulan.


Taman Herba ini mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba yang terdiri dari 230 jenis pokok. Objektif Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah sebagai destinasi pelancongan, pusat pendidikan dan pusat penyelidikan.

Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini juga menawarkan perkhidmatan spa dan rawatan perubatan tradisional seperti aroma terapi, mandian herba dan perubatan berasaskan herba. Setiap pengunjung yang datang ke Taman Herba ini berpeluang menikmati minuman herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang banyak ditanam di sini.


Di antara kemudahan asas yang disediakan di Taman Herba ini ialah jeti, laluan pejalan kaki mengelilingi pulau, wakaf, tapak semaian, pejabat pentadbiran/pusat interpretatif, aboretum, laluan reflexology dan tandas awam. Sebuah jambatan juga telah dibina yang menghubungkan Pulau Sah Kecil dengan Pulau Sah Besar.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir,
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH),
Bandar Al-Muktafi Billah Shah,
23400 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8223100-103
Faks: 09-8223104-106
Laman Web: http://www.ketengah.gov.my/kenyir
Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Atau

Pusat Penerangan Pelancong
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
Tel: 09-6267788, 09-6668498
Faks: 09-6667657, 09-6668979

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts