-->
Booking.com

Thursday, September 30, 2010

Taman Pertanian Sekayu


Taman Pertanian Sekayu merupakan Taman Pertanian yang pertama di Negeri Terengganu. Taman Pertanian ini mula diwujudkan pada tahun 1982 oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan terletak di bawah jagaan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

Lokasi Taman Pertanian Sekayu ini ialah di Kampung Sekayu di Daerah Hulu Terengganu, bersebelahan dengan Hutan Lipur Sekayu. Ia terletak kira-kira 52 km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 15 km dari Bandar Kuala Berang. Taman Pertanian Sekayu mempunyai keluasan 85 Hektar.


Kini setelah 28 tahun, keindahan alam semulajadi dan landskap menarik di Taman Pertanian Sekayu di Daerah Hulu Terengganu ini menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk tempatan malah pelancong luar.


Di Taman Pertanian Sekayu ini pengunjung boleh berkunjung ke Taman Orkid, Taman Bunga, Taman Buah-buahan atau Taman Eksotika, Taman Hydroponik, Taman Burung, Taman Ternakan, Taman Perikanan, Taman Koleksi, Taman Permainan Kanak-kanak, Tasik Buatan, Kolam Rekreasi, Restoran Terapung dan Dataran Festival.


Selain dari melawat dan menikmati buah-buahan yang terdapat di sini, pengunjung juga boleh memancing, mandi-manda, berkayak, berkelah, berkhemah, merentas denai hutan dan melihat pertunjukan kebudayaan serta penganjuran pelbagai pertandingan kemasyarakatan di Dataran Festival. Pengunjung juga boleh mencuba pelbagai aktiviti di Kolam Rekreasi yang menyediakan peralatan seperti Sampan, Bot, Bot Kayuh, Basikal Air dan dan Kenu.

Dataran Festival


Bagi kemudahan pengunjung, Taman Pertanian Sekayu turut menyediakan lima unit rumah penginapan untuk disewa. Terdapat juga kemudahan asrama lelaki dan perempuan bagi pelajar yang mengikuti kursus di sini.



Bagaimana untuk ke Taman Pertanian Sekayu

Dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuh Raya Karak ke arah Kuantan. Kemudian anda perlu pilih samada untuk mengikuti Lebuh Raya Jerangau-Jabor di Wilayah Ketengah untuk sampai ke Kuala Berang atau melalui jalan persisiran pantai Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Taman Pertanian Sekayu.


Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspress dari Butterworth-Kuala Lumpur-Kuala Terengganu atau anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspress dari Butterworth-Kuala Terengganu melalui Lebuh Raya Timur-Barat. Dari Kuala Terengganu anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Taman Pertanian Sekayu. Anda juga boleh memandu sendiri ke Taman Pertanian Sekayu dari Pulau Pinang.


Dari Johor, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Johor Bharu ke Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu anda boleh menggunakan perkhidmatan bas atau teksi untuk ke Taman Pertanian Sekayu. Sekiranya anda memandu sendiri, anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai dari Mersing-Pekan-Kuantan-Kemaman-Dungun-Marang-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Taman Pertanian Sekayu atau anda juga boleh menggunakan Lebuh Raya Muadzam Shah untuk ke Kemaman. Dari Kemaman anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Dungun-Marang-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Taman Pertanian Sekayu.


Syarikat Penerbangan Malaysia dan Air Asia juga ada menyediakan penerbangan ke Kuala Terengganu. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Taman Pertanian Sekayu.

Tempat penginapan di Daerah Hulu Terengganu:

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt. 23,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Emel: anggerik.impian@yahoo.com

Chalet Majlis Daerah
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6811466, 09-6811149, 09-6816043
Faks: 09-6232692

Homestay Kampung Buloh
Kampung Buloh,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9104186, 013-9040719, 013-9025402
Emel: isnaidee@gmail.com

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pejabat Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort & Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu.
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my

Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684

Jabatan Perhilitan
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542

Uncle John Resort
Berdekatan Air Terjun Lasir,
Terengganu.
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my

Warisan Pahlawan Resort
No. 22, Kg Pauh, Jalan Jenagor,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6817751, 019-6430355, 013-6075068

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Wisma Negeri,
20632 Kuala Terengganu.
No. Tel: 09-6222444
No. Faks: 09-6235177

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts