-->
Booking.com

Friday, September 3, 2010

Lata Belatan


Hutan Lipur Lata Belatan terletak dalam kawasan pentadbiran Pejabat Hutan Terengganu Utara dan merangkumi kawasan seluas 20 hektar. Jarak Hutan Lipur Lata Belatan dari Bandar Jertih ialah 15 km.


Hutan Lipur Lata Belatan adalah tempat permulaan untuk mendaki Gunung Tebu. Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian dan bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan sebagai permit mendaki.


Di sini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, bersiar-siar dan merentas denai hutan (jungle trekking). Kemudahan yang disediakan di sini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat, jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.


Hutan Lipur Lata Belatan ini telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985. Bagi tujuan keindahan semulajadi, seluruh kawasan dalam kompatmen 49 dan 50 dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan Hutan Lipur Lata Belatan ini telah dikekalkan.


Kawasan Hutan lipur Lata Belatan terdiri dari hutan asli jenis Hutan Pamah Diptercorp. Ianya kaya dengan pokok-pokok jenis Diptercarp seperti Meranti dan Keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan Diptercarp yang terdapat disini ialah Nyatoh, Kelat, Mersawa, Rengas, Kedondong dan lain-lain.


Manakala di kawasan berbukit tinggi menghala ke puncak Gunung Tebu, terdiri daripada jenis Meranti dan Balau Laut Merah. Di kawasan lereng-lereng bukit yang curam jenis-jenis yang lazim terdapat di sini ialah Meranti Seraya, Campuran Meranti, Keruing dan juga sedikit jenis konifer seperti Podo dan Damar Minyak.

Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan dimana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping Holiday" .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts