-->
Booking.com

Thursday, September 30, 2010

Pulau Redang


Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Masa terbaik untuk ke Pulau Redang ialah dari bulan April hingga Oktober.


Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas (tanda paras air di pantai) air surut terendah dengan tujuan melindungi dan memelihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.


Taman Laut Pulau Redang terdiri dari sembilan buah pulau iaitu Pulau Redang, Pulau Pinang, Pulau Ling, Pulau Lima, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil. Dari sembilan buah pulau ini, Pulau Redang ialah pulau yang terbesar.


Taman Laut Pulau Redang bukan sahaja dianugerahkan keindahan alam semulajadi, malah pelbagai kemudahan turut disediakan untuk pengunjung seperti bilik mandi, tandas dan tempat berkelah.


Taman Laut Pulau Redang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti snorkel, selam skuba, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, merentas denai hutan, memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan mengambil gambar di darat dan dasar laut.


Aktiviti snorkel dan selam skuba ialah cara terbaik untuk memerhati dan menikmati terumbu batu karang di Pulau Redang.


Kawasan perairan di Taman laut Pulau Redang ini nerupakan salah satu tempat menyelam yang paling menarik dan menakjubkan. Jarak penglihatan adalah sangat baik hampir sepanjang tahun. Peralatan untuk aktiviti ini boleh disewa dari kedai berhampiran.


Taman Laut Pulau Redang yang di bawah jagaan Jabatan Taman Laut Malaysia ialah kawasan yang dilindungi. Ini bertujuan untuk melindungi dan memelihara kehidupan laut untuk generasi akan datang. Pelancong yang berkunjung ke sini tidak dibenarkan membawa keluar semua jenis hidupan laut dari Taman Laut Pulau Redang ini.


Di Pulau Redang terdapat beberapa lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan. Anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan di Teluk Dalam, Pasir Teluk Kalong, Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mat Kepit dan Pasir Chagar Hutang.


Pulau Redang juga mempunyai dua buah pantai yang cantik iaitu Pantai Pasir Panjang dan Pantai Teluk Dalam Kecil. Di Pantai Teluk Dalam Kecil ini ialah lokasi Berjaya Redang Beach Resort, sebuah hotel bertaraf lima bintang.


Pelancong yang gemarkan aktiviti pengembaraan boleh menyewa bot dengan kadar harga yang berpatutan untuk lawatan ke pulau-pulau berhampiran. Anda boleh melihat pembentukan batuan dan hutan hujan yang meliputi sebahagian besar pulau. Anda juga boleh mengembara dengan berjalan kaki sambil memerhati burung, melihat penyu dan tumbuh-tumbuhan.


Di kawasan Taman Laut Pulau Redang iaitu di Pulau Pinang, pengunjung boleh mendapatkan segala bantuan dan maklumat yang anda perlu untuk menjadikan percutian anda suatu pengalaman menyeronokkan.


Maklumat yang disediakan ialah dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan video dan ceramah. Anda akan mendapat informasi berguna terutama mengenai denai-denai dan kawasan-kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di pulau ini.


Penginapan

Untuk tempat penginapan, anda boleh menginap di Pulau Redang atau di tanah besar di sekitar Kuala Terengganu atau Merang. Sila rujuk di sini. Antara hotel yang terdapat di Pulau Redang ialah Laguna Redang Resort dan Berjaya Redang Resort.

Laguna Redang Resort



Berjaya Redang Resort



Bagaimana Untuk Ke Pulau Redang


Untuk ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang mengambil masa 45 minit perjalanan atau dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu yang mengambil masa 1 jam. Anda juga boleh menaiki penerbangan terus ke Pulau Redang melalui Syarikat Penerbangan Berjaya Air.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893

Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu
No. 16, Blok B, Bestari Centre Jalan Hiliran,
Pulau Kambing, 20300 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Tel : 09-6312062
Faks: 09-6227266

Pusat Taman Laut Pulau Redang
Pulau Redang,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Laman Web: Jabatan Taman Laut Malaysia
Emel: utlterengganu@nre.gov.my

Hutan Lipur Sekayu@Air Terjun Sekayu


Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali Air Terjun Sekayu terletak di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Hutan Lipur Sekayu ini terletak di dalam Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 16 km dari Bandar Kuala Berang dan 56 km dari Bandar Kuala Terengganu.


Hutan Lipur Sekayu mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.


Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan di mana ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk menggamit kehadiran pengunjung untuk berkunjung ke Hutan Lipur Sekayu.


Kawasan Hutan Lipur Sekayu ini juga kaya dengan pelbagai khazanah alam semulajadi seperti spesies flora dan fauna yang masih terpelihara. Pelbagai spesies pokok yang terdapat di Hutan Lipur Sekayu ini mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.


Di Hutan Lipur Sekayu ini juga terdapat kawasan perkelahan yang luas yang terletak di sepanjang sungai di mana kawasan perkelahan ini amat sesuai untuk seisi keluarga.


Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan untuk pengunjung seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat dan tapak perkhemahan.


Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Hutan Lipur Sekayu ini ialah mandi, berkelah, berkhemah, merentas denai hutan, berehat dan bersiar-siar.


Bagaimana untuk ke Hutan Lipur Sekayu


Dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuh Raya Karak ke arah Kuantan. Kemudian anda perlu pilih samada untuk mengikuti Lebuh Raya Jerangau-Jabor di Wilayah Ketengah untuk sampai ke Kuala Berang atau melalui jalan persisiran pantai Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Hutan Lipur Sekayu. Sekiranya anda bercadang untuk ke sini dengan menaiki bas ekspres, terdapat pelbagai syarikat bas ekspres yang menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Anda perlu menaiki bas ekspres dari Hentian Putra. Dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Hutan Lipur Sekayu.


Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Lumpur-Kuala Terengganu atau anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth-Kuala Terengganu melalui Lebuh Raya Timur-Barat. Dari Kuala Terengganu anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Hutan Lipur Sekayu. Anda juga boleh memandu sendiri ke Hutan Lipur Sekayu dari Pulau Pinang.


Dari Johor, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Johor Bharu ke Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu anda boleh menggunakan perkhidmatan bas atau teksi untuk ke Hutan Lipur Sekayu. Sekiranya anda memandu sendiri, anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai dari Mersing-Pekan-Kuantan-Kemaman-Kerteh-Paka-Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Hutan Lipur Sekayu atau anda juga boleh menggunakan Lebuh Raya Muadzam Shah untuk ke Kemaman. Dari Kemaman anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Dungun-Kuala Terengganu-Kuala Berang-Hutan Lipur Sekayu.


Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia juga menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, anda boleh menaiki teksi untuk ke Hutan Lipur Sekayu.

Tempat penginapan di Daerah Hulu Terengganu:

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt. 23,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Emel: anggerik.impian@yahoo.com

Chalet Majlis Daerah
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6811466, 09-6811149, 09-6816043
Faks: 09-6232692

Homestay Kampung Buloh
Kampung Buloh,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9104186, 013-9040719, 013-9025402
Emel: isnaidee@gmail.com

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pejabat Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort & Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu.
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my

Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684

Jabatan Perhilitan
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542

Uncle John Resort
Berdekatan Air Terjun Lasir,
Terengganu.
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my

Warisan Pahlawan Resort
No. 22, Kg Pauh, Jalan Jenagor,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6817751, 019-6430355, 013-6075068

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
Tingkat 8, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6274155

Popular Posts