-->
Booking.com

Thursday, September 2, 2010

Desa Craft


Desa Craft yang pada awalnya dikenali dengan nama Usaha Desa merupakan sebuah pusat kraftangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sebagai salah satu usaha mempromosikan negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan popular.

Di antara barangan kraftangan yang ada di pusat kraftangan ini ialah songket, batik, sutera, ukiran kayu dan barangan cenderamata. Selain itu, juga terdapat barangan kraftangan yang di perbuat dari seramik dan rotan di pusat ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Pelancongan Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893

Desa Craft
Tingkat Bawah, Wisma Maju,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-6221539, 09-6232575

Wednesday, September 1, 2010

Kolam Air Panas Kampung La


Kolam Air Panas Kampung La ini terletak di kawasan pendalaman Hulu Besut, kira-kira 35 km dari Bandar Jertih, Terengganu. Bersempadan dengan kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu dan FELDA Tenang, Hulu Besut, Kolam Air Panas Kampung La atau lebih dikenali “La Hot Spring” mula dibuka kepada orang ramai sebagai destinasi pelancongan pada tahun 1992.


Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Pengunjung juga berpeluang melihat air panas yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan.


Air panas yang mengalir ini mengandungi kimia "Sulfur" atau belerang dengan kepanasannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh digunakan untuk mandi. Penemuan mata air panas sulfur menjadikan kawasan ini terkenal. Air panas sulfur dipercayai dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan tubuh terutama yang menghadapi masalah kulit dan saraf.


Air panas sulfur dari dua punca utama di dalam kawasan Hutan Simpan disalurkan melalui tangki penyimpanan bermuatan 40,000 gelen. Tangki air panas sulfur direkabentuk berasaskan konsep 'Thermorí' dan mampu menyimpan air pada kadar suhu yang sama dengan punca untuk jangka tempoh selama seminggu.


Antara kemudahan asas yang terdapat di kawasan ini ialah Tapak Perkhemahan, Kawasan Perkelahan, Rumah Rehat, Surau, Tandas Awam, Restoran, Pusat Penerangan Pelancongan dan Tempat Letak Kenderaan.

Popular Posts