-->
Booking.com

Friday, August 20, 2010

Hutan Lipur Bumbung Raja

Hutan Lipur Bumbung Raja terletak di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun di Daerah Dungun. Jarak perjalanan ke Hutan Lipur Bumbung Raja ialah 40 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah dan 110 km dari Bandar Kuala Terengganu.


Hutan Lipur Bumbung Raja mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan berhampiran dengan kawasan perkampungan. Keunikan Hutan Lipur Bumbung Raja ini ialah sungai yang luas dan sesuai untuk berakit dan berkayak. Pelbagai kemudahan disediakan termasuk laluan merentas denai hutan, tangga konkrit dan pondok rehat.


Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, memancing dan merentas denai hutan. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.

Bagaimana untuk ke sini

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Berang ataupun Pekan Ajil.

Aktiviti/Kemudahan:

• Bersiar
• Berenang
• Trekking
• Berkelah
• Berkhemah
• Memancing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan
23000 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8441404

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts