-->
Very Limited ! Done For You - Dropshipping ECommerce Website + FB Store..Affordable Pricing...Sms/WhatsApp 019-9932023..

Saturday, June 5, 2010

Hulu Terengganu


Daerah Hulu Terengganu terletak kira-kira 40 km dari Kuala Terengganu. Bandar utama di Daerah Hulu Terengganu adalah Kuala Berang dan Ajil.

Daerah ini terletak di kawasan pendalaman Negeri Terengganu dan bersempadan dengan 2 negeri iaitu Pahang dan Kelantan dan 5 daerah di Negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Marang dan Dungun.

Hulu Terengganu mempunyai keluasan 387,462.60 hektar merupakan daerah yang terbesar di Negeri Terengganu dan merangkumi 9 buah mukim iaitu:

1) Hulu Berang 32,155.90 Hektar
2) Hulu Telemong 24,032.30 Hektar
3) Hulu Terengganu 264,025.60 Hektar
4) Jenagor 12,727.00 Hektar
5) Kuala Berang 7,127.70 Hektar
6) Kuala Telemong 5,197.80 Hektar
7) Penghulu Diman 16,336.40 Hektar
8) Tanggul 6,897.90 Hektar
9) Tersat 18,968.00 Hektar

Sebahagian Daerah Hulu Terengganu adalah merupakan kawasan pembangunan Tasik Kenyir iaitu di bawah pentadbiran KETENGAH seluas 209,199 hektar. Dari aspek pembangunan, Daerah Hulu Terengganu terletak dalam pengaruh bandar Kuala Terengganu (30 minit/45 KM).

Kuala Berang dan Ajil merupakan kawasan penempatan utama penduduk. Kuala Berang merupakan pusat pentadbiran Daerah Hulu Terengganu dan pusat perniagaan sementara Ajil sebagai kawasan industri utama dan perumahan. Pusat Pentadbiran daerah ialah Kuala Berang yang terletak kira-kira 40 km dari Kuala Terengganu. Ia boleh dihubungi melalui jalanraya daripada Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Jumlah penduduk Daerah Hulu Terengganu mengikut bancian pada tahun 2000 ialah seramai 74,918 orang berbanding 3,586 orang (mengikut bancian tahun 1970) pada awal penubuhannya.

Daerah Hulu Terengganu merupakan kawasan warisan sejarah dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang yang membuktikan kedatangan Islam di semenanjung pada 702 H (1303 M) iaitu lebih awal dari Negeri Melaka. Daerah Hulu Terengganu juga merupakan kawasan sejarah awal Negeri Terengganu seperti pertabalan Sultan Zainal Abidin 1 dan penentangan melawan Inggeris.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts