-->
Very Limited ! Done For You - Dropshipping ECommerce Website + FB Store..Affordable Pricing...Sms/WhatsApp 019-9932023..

Friday, June 4, 2010

Kemaman


Daerah Kemaman mempunyai keluasan 253,559.9 hektar, yang ketiga terbesar selepas Hulu Terengganu (387,462.6 hektar) dan Dungun (273,503.1 hektar). Daerah Kemaman terletak di selatan Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Pahang dan Daerah Dungun.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim iaitu Cukai, Banggol, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kertih, Binjai, Pasir Semut, Tebak Hulu Cukai, Bandi dan Hulu Jabur. Chukai atau Cukai merupakan bandar dan pusat pentadbiran Daerah Kemaman.

Kemaman sudah mula dikenali sejak kurun ke-2 sebelum masihi dengan nama “KOLE”. Peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (Ahli Kaji Bintang dan Ilmu Alam Greek) mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur iaitu “ Perimula” dan “Kole”. Ahli Sejarah sependapat bersetuju bahawa “Perimula” adalah Kuala Sungai Terengganu manakala “Kole” pula adalah Kemaman.

1 comment:

  1. salam,
    saya peminat sejarah. dah lama cari peta lama dari Ptolemy. yg saya pernah tengok cuma peta dunia. semenanjung malaysia dinamakan "Aurea Chersonesus" yg bermaksud semenanjung emas. saya belum pernah jumpa peta semenanjung yg lebih detail yg dibuat beliau. kalau ada gambarnya boleh post kat blog ni tak?
    -zul_av@yahoo.com

    ReplyDelete

Popular Posts