Berdasarkan buku sejarah Cina bernama "Ling Wai-Tai Ta" karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178, Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi.
Hulu Terengganu menjadi sebuah bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang termasuk dari segenap pelusuk Alam Melayu, Timur Tengah dan China.
Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang. Berdasarkan buku sejarah berkenaan, hal ehwal Foloan di ceritakan seperti berikut:
" Hasil keluaran Negeri itu (Foloan) termasuklah " Su" dan "Can" (Jenis-jenis kayu Gahru), Kayu Laka, Gading dan lain-lain seumpamanya ; dan hasil-hasil itu diperniagakan dengan emas, perak, porselin, besi, bahan-bahan membuat barnis, arak, beras, gula dan gandum. Tiap-tiap tahun Kerajaan Foloan itu menghantar ufti kepada kerajaan "San Fo Cih" (Seri Wijaya).
Negeri itu (Foloan) berjiran dengan "Peng-Heng" (Pahang), Teng-ya-nu" (Terengganu)" dan Ci-lan-tan (Kelantan) dan negeri-negeri itu bersamaan keadaannya."
Berdasarkan keterangan itu, Kuala Berang pernah menjadi pusat perniagaan utama di Asia Tenggara disamping Seri Wijaya dalam kurun masihi yang ke 12. Selain dari itu, perlantikan Kesultanan Terengganu pertama juga berlaku di sini.
Daerah Hulu Terengganu juga terbukti merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu.
Daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kampung Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat, Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por dan Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampung Jenagor.
Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato` Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi di awal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah Peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.
Selain dari itu, terdapat juga penemuan-penemuan seperti Kapal Batu di Gerdong yang boleh dikaitkan dengan peristiwa bersejarah.
Kesultanan Terengganu Pertama
Sultan Zainal Abidin 1 adalah putera Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor. Baginda telah dilantik sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu pada tahun 1708 Masihi.
Menurut catatan, beliau telah dilantik sebagai Sultan Terengganu oleh Nang Chayang, Raja Pattani. Manakala menurut Tuhfatul Nafis, Baginda telah ditabalkan oleh Daeng Menambun setelah mendapat perintah dari Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor.
Pusat pemerintahan Baginda ialah di Tanjung Baru sebelum berpindah ke Kampung Langgar, Kampung Pulau Manis dan Chabang Tiga. Seterusnya Baginda berpindah ke Kuala Terengganu dan menetap di satu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Lama.
Baginda mempunyai beberapa orang isteri iaitu perempuan Muar, Nang Rugayah (Cik Puan Besar), anak Tuk Pulau Manis dan anak Dato' Wan Ismail. Anakanda Baginda ialah Ku Tana Wangsa, Ku Tana Ali, Ku Tana Ismail, Ku Tana Mansur dan Ku Tana Embong. Baginda mangkat pada tahun 1733 dan jenazah Baginda dimakamkan di atas Bukit Keledang Kuala Terengganu.
Monday, June 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Memandu bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang melancong ke Negeri Terengganu adalah merupakan satu pengalaman menarik. Kehijauan hutan...
-
Alamanda Hotel 28–28A, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6228888 Faks: 09-6238899 Baitul Muslim Homestay No.5, Tama...
-
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar...
-
Abdul Chalet Lot 143, Kg. Seb. Tengah, Pulau Perhentian Besar, 22300 Kuala Besut, Terengganu. Tel: 09-6911610, 019-9127303 Arwana Perhentian...
-
Awang Beach Resort Kg. Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu. Tel: 09-8443500 Faks: 09-8454500 D’ Pengkalan 3 Alam Lot 634, Zon Pelancongan...
-
Ahas Chalet Km 13, Rusila, 21080 Marang, Terengganu. Tel: 09-6182229 Faks: 09-6182229 Angullia Beach House Km 20, Kampung Rhu Muda, 21600 Ma...
-
Awana Kijal Apartment No. 4A, Persiaran Bunga Melor, Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu. Tel: 09-864961...
-
Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut men...
-
Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Mas...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.