-->

Search Hotels

Check-in Date

Check-out Date

Friday, June 4, 2010

Marang


Marang merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Terengganu. Keluasan Daerah Marang ialah 666 km persegi dan bilangan penduduk seramai lebih kurang 92,503 orang. Daerah Marang mempunyai 6 buah mukim iaitu:

• Rusila
• Pulau Kerengga
• Merchang
• Jerong
• Bukit Payung
• Alor Limbat

Sebelum tahun 1985, Daerah Marang hanya merangkumi 4 buah mukim sahaja iaitu Rusila, Pulau Kerengga, Jerung dan Merchang dengan penduduknya berjumlah seramai 54,996 orang. Pertambahan 2 buah mukim baru iaitu Mukim Bukit Payong dan Mukim Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu hanya bermula pada 1 Januari 1985.

Daerah yang mempunyai 6 buah mukim ini berpusat di Bandar Marang dan terletak di satu lokasi yang strategik di samping penduduknya yang berbilang kaum. Struktur muka bumi, sosio ekonomi dan keindahan alam semulajadi menjadi tarikan kepada perkembangan Daerah Marang ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts