-->
Booking.com

Sunday, July 4, 2010

Batu Penyu Di Bukit Che Hawa


Batu Penyu terletak di Bukit Che Hawa iaitu kira-kira 1.5 km menghadap ke Pantai Rantau Abang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan berjalan kaki menyusuri jalan kampung. Ada papan tanda yang menunjukkan arah ke tempat ini.


Batu itu dikatakan mempunyai kisah tersendiri kerana pada zaman dahulu terdapat dua ekor penyu gergasi. Salah satu daripadanya naik ke Bukit Che Hawa dan satu lagi di tepi pantai tersebut. Ia dikatakan permulaan penyu mendarat di situ.

Bagaimanapun Batu Penyu di tepi pantai itu sudah tertimbus tetapi Batu Penyu di Bukit Che Hawa dipelihara untuk dijadikan salah satu produk pelancongan di kawasan Rantau Abang.

Batu yang dipanggil Batu Penyu ini amat popular di kalangan pelancong. Mengikut cerita orang tua-tua, kononnya batu itu asalnya seekor penyu raksasa yang bertukar menjadi batu kerana tidak pulang ke laut sebelum matahari terbit selepas bertelur di pantai. Kewujudan batu itu membuatkan banyak penyu lain menuju ke Rantau Abang untuk bertelur.

Menurut penduduk kampung yang ditemui, terdapat dua buah Batu Penyu di Rantau Abang. Satu dari Batu Penyu tersebut dikatakan tertanam di dalam sungai di laluan masuk ke Bukit Che Hawa. Batu Penyu yang tertanam di dalam sungai itu dikatakan penyu jantan manakala pasangannya di atas bukit merupakan penyu betina.

Walaupun ada yang menganggapnya sebagai tidak masuk akal, cakap-cakap mengenai hubungan batu itu dengan kehadiran penyu tidak pernah dinafikan oleh golongan tua di kampung berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts