-->
Booking.com

Sunday, July 4, 2010

Hutan Lipur Jambu Bongkok


Hutan Lipur Jambu Bongkok dulunya lebih dikenali sebagai Hutan Lipur Rantau Abang terletak dalam Daerah Marang, Terengganu. Hutan Lipur Jambu Bongkok ini terletak kira-kira 30 km dari Bandar Dungun. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Dungun untuk ke sini.

Jenis hutan ini banyak ditumbuhi oleh spesies yang terdiri dari pokok Balau Pasir. Pokok Balau Pasir adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama saintifiknya “Shorea materialis Ridl”.


Hutan Lipur Jambu Bongkok ini istimewa kerana ianya juga berhampiran dengan Pantai Rantau Abang tempat penyu bertelur. Kemudahan yang ada disediakan ialah chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki.

Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti seperti bersiar-siar, berenang, berkelah, berkhemah, merentas denai hutan dan berjogging. Pengunjung juga boleh melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:


Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara,
Tkt. 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6221746

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts