-->
Booking.com

Monday, September 27, 2010

Kompleks Kraf Noor Arfa


Kompleks Kraf Noor Arfa dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Jun.2008. Kompleks Kraf Noor Arfa yang berharga RM 7 juta ini mula dibuka pada 1 Januari 2008 di kawasan seluas 2.5 hektar. Kompleks ini dibina dengan bercirikan Rumah Tradisional Terengganu dan kehalusan seni ukiran tradisional berbentuk bunga di setiap hujung bumbung bangunannya.


Noor Arfa kini berjaya menghasilkan kira-kira 200 produk berjenama sendiri yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Noor Arfa juga mencipta sejarah apabila tercatat di dalam Malaysian Book of Record sebagai pengeluar batik komersial yang terbesar di negara ini.


Selain Kompeks Kraf dan kilang sendiri di Cendering, Noor Arfa turut mempunyai enam buah cawangan jualan iaitu di Shah Alam, Melaka, Alor Star, Kemaman, Pahang dan Pulau Pinang serta empat francais di Petaling Jaya, Perak, Kuala Lumpur dan Sabah. Noor Arfa turut mempunyai butik di London, Los Angeles dan Miami.


Selain membeli pelbagai barang kraf, pelancong yang berkunjung ke kompleks ini akan dapat melihat sendiri penghasilan produk-produk tersebut. Para pengusaha kraf seperti batik, songket, anyaman, ukiran kayu yang berminat untuk memasarkan produk mereka juga dipelawa untuk beroperasi di kompleks ini.


Pembinaan Kompleks Kraf Noor Arfa ini bukan sahaja mampu memajukan industri kraf negara malah dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke Negeri Terengganu.

Sejarah Noor Arfa Batek

Noor Arfa Batek ditubuhkan pada tahun 1980 di Terengganu selepas beberapa tahun membuka sebuah bengkel kecil di belakang rumah dengan modal RM1000 dan tenaga kerja seramai dua orang. Nama Noor Arfa Batek ialah hasil singkatan nama Noor Hijerah dan suaminya Wan Mohd. Ariffin Wan Long.

Noor Hijerah yang berasal dari Langgar, Kedah pernah mengikuti kursus kraftangan dan batik di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM) cawangan Kota Bharu, Kelantan pada akhir tahun 1970-an. Ketika itulah beliau bertemu dengan suaminya yang merupakan tenaga pengajar di LKKM. Noor Hijerah bertugas di LKKM selama hampir 6 bulan sebelum membuka perniagaan batik hasil dorongan dari suaminya.

Pada peringkat awal perniagaan yang diusahakan dari rumah, beliau mencanting dan membuat sendiri frame sehinggalah ia mula dikenali ramai. Produk awal Noor Arfa Batek ialah Kaftan Batik. Pada masa itu ramai pengusaha lain memasarkan Batik Sarung, Batik Cop dan Batik Terap. Harga Batik Lukis yang mahal menyebabkan ianya hanya dijual di Kuala Lumpur dan dibeli oleh orang kenamaan. Beliau menjaja sendiri produk syarikat biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Berkat kesabaran dan ketabahan dalam perniagaan, beliau dan suami berjaya sehingga muncul pengeluar dan pembekal batik terbesar negara. Hasil kejayaan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Records.


Alamat:

Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC)
Lot 4153, Kawasan Perindustrian Cendering,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6179700
Faks: 09-6179701
Laman Web: http://www.noor-arfa.com.my
Emel: nacc@noor-arfa.com.my
Waktu Operasi: 9.00 am-10.00 pm

1 comment:

  1. cilok isi sikit untuk kerja kursus sejarah. thank you for existing! credits given to you in worksheet :)

    student pmr

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts