-->
Booking.com

Monday, September 20, 2010

Perkampungan Budaya

Perkampungan Budaya di Daerah Setiu, Terengganu terletak di Kampung Bintang. Perkampungan Budaya ini telah dibangunkan pada tahun 1997 dengan keluasan kawasan 11 ekar.

Semua aktiviti kebudayaan dan kesenian di Daerah Setiu adalah di bawah naungan Majlis Kebudayaan Daerah Setiu (MKDS) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Beralamat di Pejabat Daerah Setiu, Bandar Permaisuri dengan ahli seramai 30 orang pada peringkat awal penubuhan.

Perkampungan Budaya merupakan sebuah perkampungan tradisional yang mempunyai ciri-ciri kesenian. Di Perkampungan Budaya ini terdapat Kumpulan Dikir Barat, Rebana Ubi, Wayang Kulit, Gasing, Kertok, Silat, Tumbuk Emping, Pengusaha Kraf Tangan dan Makanan Tradisional.

Di Perkampungan Budaya ini juga terdapat satu Kumpulan Pemuzik Tradisional yang dikenali dengan nama “Sound Of Terengganu” yang boleh mengadakan persembahan dengan menggunakan Muzik Wayang Kulit, Rebana Ubi, Kertok dan lain-lain.

Dikir Barat


Rebana Ubi


Wayang Kulit


Gasing


Kertok


Silat


Tumbuk Emping


Kraftangan

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts